Oleh pada 08 Jul 2017 kategori

Anda sedang memandu pada satu hari yang sangat panas di sebuah jalan lurus yang panjang. Ketika memandu, anda ternampak jauh nun di sana seolah-oleh terdapat air di tengah jalan raya. Semakin anda menghampiri air tersebut, ia semakin hilang dari pandangan dan akhirnya hilang. Dan proses itu berulang-ulang. Apa sebenarnya yang berlaku? 

Ia merupakan ilusi optik yang berlaku oleh pembiasan cahaya. Cahaya bergerak lebih laju melalui medium berketumpatan rendah dan bergerak lebih perlahan melalui medium berketumpatan tinggi. Cahaya bergerak dalam garis lurus melalui medium ke medium.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Apabila ia bergerak dari satu medium ke medium lain yang berbeza ketumpatannya, sebagai contoh dari udara ke dalam air, berlaku perubahan kelajuan kepaa gelombang cahaya yang membuatkan ia berubah arah atau dinamakan pembiasan.

straw

Sebagai contoh mudah, jika anda memasukkan sebatang straw ke dalam gelas mengandungi air separuh penuh, anda akan dapat melihat straw tersebut seolah-olah bengkok jika dilihat dari pandangan atas. Jika dilihat daripada tepi pula, straw didalam air kelihatan lebih tebal daripada straw di atas permukaan air, dan straw itu kelihatan seperti patah.

Apa yang berlaku adalah cahaya daripada straw tersebut terpantul dan bergerak ke dalam mata anda melalui dua medium berbeza iaitu air dan udara. Apabila anda melihat straw di atas permukaan air, cahaya itu bergerak melalui udara ke dalam gelas dan kemudiannya ke dalam udara semula dan terus ke mata anda.

Pembiasan oleh gelas amat sedikit dan hampir tidak kelihatan perubahannya yang menyebabkan anda nampak straw itu sebagaimana kewujudannya.

pembiasan

Namun, straw yang berada di dalam air pula, cahaya yang anda lihat itu telah terbias kerana melalui air, gelas dan kemudiannya ke dalam udaya. Ketika ini berlaku perubahan kelajuan cahaya lalu berlakunya pembiasan.

Kedua-dua bahagian straw adalah sebaris namun cahaya yang datang daripada kedua-duannya melalui garisan yang berbeza, membuatkan ia kelihatan seperti bengkok atau patah.

Kenapa jalan raya nampak basah ketika panas terik?

lopak air

Dalam situasi ternampak lopak air di atas jalan yang panas, ia membuktikan bahawa cahaya bukan sahaja terbias jika melalui dua medium yang berbeza, tetapi juga terbias jika melalui satu medium yang sama yang berbeza ketumpatannya.

Apabila cahaya matahari yang terik terpancar ke arah jalan tar (warna tar yang hitam membuatkan udara menjadi cepat panas), ia menyebabkan udara yang berada di lapisan bawah (berdekatan jalan raya) menjadi lebih panas daripada udara yang berada di atas.

xlgvm7ql

Cahaya yang bergerak dari atas (matahari) ke bawah akan melalui udara yang berketumpatan berbeza, kemudiannya terbias. Pergerakan cahaya dari atas, kemudian terkena pada jalan raya dan kemudiannya naik semula ke atas dan sampai kepada mata yang melihat.

Mata anda mengesan cahaya tersebut dalam garis lurus dan mentafsirkannya lokasinya sebagai lokasi sebenar. Namun, apa yang dilihat oleh mata anda sebenarnya adalah ilusi optik seolah-olah langit berada di atas jalan raya yang membuatkannya kelihatan seperti basah.

Otak anda cuba untuk mentafsirkan proses tersebut namun ia tahu bahawa ia adalah mustahil untuk langit berada di atas jalan raya, jadi ia ditafsirkan sebagai air di atas jalan raya akibat pantulan daripada langit. 

padang pasir 251

Juga biasanya berlaku di padang pasir kerana pasir juga boleh menyimpan haba dan menyebabkan udara berdekatannya menjadi lebih panas, dan membuatkan orang tertipu bahawa terdapat air di kawasan sekitar.

Sumber : 

  1. Physic Stack Exchange
  2. Mentalfloss



Hakcipta iluminasi.com (2017)