Oleh pada 26 Jan 2020 kategori

Perayaan Tahun Baru Cina pada tahun ini telah dibayangi oleh virus baharu yang melanda negara ini, yang bermakna ramai orang tidak akan atau tidak boleh pulang ke kampung halaman mereka di China.

Bagi sesetengah anggota komuniti LGBT di China, mereka menjadi sangat bimbang apabila tiba musim perayaan kerana pulang ke kampung halaman bermakna mereka akan dikonfrontasi dengan soalan-soalan yang tidak diingini.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Menurut Fan Popo, seorang seorang pembuat filem, penulis dan aktivis dari Shandong, sesetengah ibu bapa di China berasakan seperti dunia mereka hancur apabila mengetahui anak-anak mereka homoseksual.

Dia memberitahu bahawa ramai yang mengeluh apabila pulang ke rumah dan ditanyakan oleh ahli keluarga tentang bila mereka akan berkahwin.

pergerakan lgbt di china

Homoseksualiti dibenarkan di China selama lebih daripada 20 tahun dan Persatuan Psikiatri Cina telah berhenti mengklasifikasikannya sebagai gangguan jiwa pada tahun 2001.

Tetapi perkahwinan sejenis masih tidak diiktiraf di China dan sesetengah individu LGBT masih berjuang untuk penerimaan, terutama apabila ia melibatkan anggota keluarga yang rapat yang mempunyai pandangan tradisional.

Laporan oleh Program Pembangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa pada 2016 mendapati bahawa kurang daripada 15% individu LGBT di China yang berterus terang mengenai orientasi seksual kepada ahli keluarga terdekat.

Dilaporkan bahawa mereka yang berjaya berterus terang dan diterima berasa sangat bangga, manakala sesetengah daripada mereka begitu takut sama ada ahli keluarga mereka mengetahui apa-apa tentang seksualiti mereka.

Syarikat besar menyokong komuniti LGBT

pergerakan lgbt di china semakin serius

Dalam tahun-tahun kebelakangan ini, beberapa syarikat besar telah menunjukkan sokongan mereka terhadap komuniti LGBT di China dan untuk pasaran yang berpotensi ditawarkan oleh masyarakat.

Pada tahun 2015, syarikat e-dagang gergasi iaitu Alibaba mengadakan acara promosi untuk menghantar tujuh pasangan sama jantina ke Amerika Syarikat supaya mereka boleh berkahwin.

Dan Nike telah diketahui untuk menaja T-shirt untuk larian Shanghai Pride, acara tahunan kebanggaan LGBT yang diadakan di Shanghai.

nike taja larian shangai pride untuk komuniti lgbt

Tim Hildebrandt, profesor bersekutu di Jabatan Dasar Sosial London School of Economics, berkata syarikat-syarikat China telah membuka mata untuk pasaran LGBT sama seperti yang dilakukan Barat.

Mereka melihatkan pasaran terhadap golongan homoseksual adalah sesuatu yang besar dan golongan ini semakin mendapat perhatian.

Awal Januari ini, Tmall, iaitu sebuah laman sesawang membeli-belah yang dikendalikan oleh Alibaba, mengeluarkan iklan Tahun Baru Lunar yang memberi perhatian kepada pasangan sama jantina.

Dalam video berkenaan, seorang lelaki dilihatkan membawa seorang lagi lelaki melawat keluarganya di rumah untuk makan malam tahun baru. 

Apabila Kelvin diberikan semangkuk sup oleh bapa kepada rakan lelakinya itu, dia menjawab "Terima kasih, ayah", dengan cara yang sama seperti pasangan berkahwin memanggil mertua mereka.

Dengan cara yang sama di mana Krismas dan Super Bowl adalah platform pemasaran yang besar di Barat, iklan Tahun Baru Lunar juga sangat berpengaruh, menjadikan iklan Tmall menerima reaksi awam yang signifikan.

Iklan tersebut menjadi tular dan respons orang ramai di media sosial tersangat positif di negara itu.

fan popo aktivis lgbt

(Fan Popo, pembuat filem dan aktivis LGBT)

Namun Fan Popo berkata bahawa dia melihat perkara ini lebih kepada "perangkap pengguna" dan bukannya proses yang tulen.

"Ia bukan berkenaan isu LGTB. Mereka tahu kami mempunyai duit dan mereka ingin mengambilnya. Kami tiada hak tetapi duit kami diambil oleh syarikat-syarikat ini," kata Fan Popo.

Fan Popo juga berkata bahawa dia lebih berminat melihat golongan LGBT yang miskin mendapat hak mereka dan individu transgender gelandangan dapat mencari cara untuk bertahan hidup.

Sokongan untuk perkahwinan sesama jenis

komuniti lgbt perkahwinan sejenis

Memandangkan China menjadi lebih terbuka mengenai homoseksual, terdapat peningkatan cadangan terhadap perkahwinan sejenis untuk diiktiraf di sisi undang-undang.

Pada Disember 2019, seorang jurucakap dari Suruhanjaya Hal Ehwal Undang-Undang Rakyat Kongres berkata bahawa perkahwinan sejenis adalah salah satu permintaan paling kerap dari rakyat China.

Langkah yang jarang berlaku itu memberikan harapan kepada para pengiklan bahawa perubahan dalam undang-undang mungkin akan berlaku dan juga mengilhami gelombang debat di media sosial.

Seorang wanita berkata dalam laman sesawang Weibo: "Terdapat terlalu banyak orang yang tidak dapat memahami dan bertolak ansur dengan kumpulan ini dan apabila negara ini mengiktirafnya, lebih ramai orang akan menerimanya."

lgbt china mahu perkahwinan sesama jenis dibenarkan

Seorang lagi pengguna wanita berkata bahawa disebabkan oleh pengiktirafan perkahwinan sejenis di China tidak akan menyakiti sesiapa, tetapi situasi sekarang akan menyakiti pasangan sama jenis yang mencintai satu sama lain, maka kebenaran untk perkahwinan sesama jenis di China perlu digalakkan.

Namun, Tim Hildebrandt memberi amaran untuk tidak terlalu memberi perhatian kepada komen-komen di media sosial, yang mungkin tidak menggambarkan sentimen awam dengan tepat.

"Ia mencerminkan usaha yang sangat berkesan oleh komuniti aktivis LGBT di China untuk menggerakkan penyokong mereka dalam mengambil bahagian," kata Tim Hildebrandt.

perkahwinan sesama jenis lgbt di china

Dan walaupun sokongan terhadap golongan ini semaking bertambah, Tahun Baru Lunar kekal menjadi tempoh yang tertekan bagi sesetengah individu LGBT untuk pulang ke kampung halaman bertemu dengan ahli keluarga mereka.

"Saya berterus terang tentang orientasi seksual saya 10 tahun lalu ketika Tahun Baru Cina. Ia bukanlah masa yang terbaik tetapi apabila anda sangat tertekan, amat sukar untuk menyembunyikannya," kata Fan Popo.

Rujukan:

1. Mengapa LGBT di China Sembunyi Identiti Ketika Tahun Baru Lunar - BBC

2. Mengapa China meningkatkan prospek perkahwinan sejenis? - NBC News

3. Supchina




Hakcipta iluminasi.com (2017)