mengapa negara china ramai penduduk 253

Populasi penduduk di Malaysia setakat tahun 2016 adalah sekitar 31 juta orang, manakala China dan India pula masing-masing dengan populasi sekitar 1.379 bilion dan 1.324 bilion penduduk, sekitar 44 kali ganda lebih banyak berbanding Malaysia. Pernahkan anda tertanya mengapa dan bagaimana kedua-dua negara ini boleh mempunyai penduduk yang sangat ramai?

Fahami Situasi Populasi Negara China dan India

china dan india negara paling padat di dunia

China dan India bersama, menjadi penempatan kepada lebih 2.7 bilion manusia. Jumlah itu adalah bersamaan dengan gabungan rakyat daripada 20 buah negara yang padat selepas kedua negara ini, atau bersamaan dengan jumlah rakyat daripada 170 buah negara di seluruh dunia. Sejak lebih 300 tahun lalu, China dan India masing-masing menunjukkan peningkatan penduduk seramai lebih daripada 1 bilion orang ke dalam populasi mereka, lebih tinggi berbanding mana-mana negara di dunia ini. 

Namun, jika dilihat dari segi peratusan, populasi kedua negara China dan India sebenarnya berkembang pada kadar yang sama dengan lain-lain negara di muka bumi. Mereka mempunyai lebih banyak penduduk hari ini kerana mereka mempunyai penduduk yang ramai beberapa ratus tahun lalu, pada ketika mana dunia mula memasuki arus pemodenan, dan perkembangan populasi yang sangat pantas. 

rakyat china dan india ramai

Contohnya, bayangkan 2 buah akaun bank, akaun A dengan wang simpanan sebanyak RM1,000, akaun B dengan simpanan sebanyak RM10. Sekiranya kedua akaun ini menerima bunga (hibah - halal) pada kadar 1 peratus setahun, dalam masa 30 tahun, simpanan akaun A akan mencecah RM1,350, manakala akaun B hanya mempunyai RM13.50. 

Memandangkan kedua-dua akaun A dan B berkembang pada kadar yang sama untuk suatu tempoh masa, simpanan tunai dalam akaun A berkembang dengan lebih laju kerana wang permulaannya lebih banyak berbanding akaun B. Begitu juga dengan populasi di negara China dan India, di mana keduanya mempunyai populasi yang lebih banyak sekiranya kita kembali ke beberapa ratus tahun yang lalu. 

Mengapa China dan India Mempunyai Populasi Penduduk Yang Sangat Ramai?

mengapa india ramai sangat penduduk

Persoalannya, bagaimana kedua-dua negara ini boleh mempunyai populasi yang sangat banyak sejak ratusan tahun lalu, berbanding lain-lain negara? Jawapannya tidak dapat dipastikan, memandangkan terdapat terlalu banyak faktor dalam dinamik populasi jangka masa panjang, seperti kelahiran, kematian, bencana alam, penghijrahan, saiz kawasan, perkembangan teknologi dan lain-lain. 

Namun 2 penjelasan yang paling munasabah untuk menjawab persoalan ini adalah sumber makanan dan saiz kawasan. Mempunyai banyak tanah yang subur dan akses yang mudah kepada sumber air membolehkan China dan India untuk menjalankan aktiviti pertanian secara berskala besar, mempunyai bekalan makanan yang berlebihan, menjadi asas kepada pertumbuhan populasi. 

Sehingga hari ini, 10 buah negara paling padat di dunia semuanya mempunyai kawasan yang luas sebagai tanah ladang. Antara negara-negara tersebut selepas China dan India adalah Amerika Syarikat, Indonesia, Brazil, Pakistan, Bangladesh, Nigeria, Rusia dan Mexico. Asia, khususnya di kawasan selatan dan timur, mempunyai banyak tanah ladang dan lembah sungai, memberi keupayaan kepada negara-negara di kawasan tersebut untuk mempunyai bekalan makanan yang cukup sepanjang tahun. 

aktiviti pertanian sumber makanan negara padat

Malah, aktiviti pertanian dan penternakan haiwan secara asasnya bermula di Asia, memberi kelebihan kepada kawasan setempat untuk perkembangan populasi yang lebih awal, dan lebih banyak. Atas sebab ini, Asia menjadi kawasan paling padat di dunia untuk suatu tempoh masa yang sangat panjang, sejak 1,000 BC lagi. 

Saiz sesebuah kawasan juga sangat penting. Contohnya, negara seperti Pakistan dan Bangladesh mungkin mempunyai banyak tanah ladang dan padat dengan penduduk, namun disebabkan saiz kedua-dua negara ini lebih kecil berbanding China dan India, mereka tidak berupaya untuk menampung lebih banyak penduduk. 

Kesimpulan

tanah subur sebab china dan india padat penduduk 229

Banyak perkara yang berlaku sejak ribuan tahun lalu yang memberi impak kepada populasi China dan India, sesetengah daripadanya membantu perkembangan populasi (Han Dinasti dan perdagangan rempah), sesetengah yang lain mengecilkan lagi populasi sedia ada (Penjajahan Tentera Mongol dan peristiwa virus Black Death). Namun, apapun, tanah yang subur dan luas di China dan India membolehkan populasi penduduk untuk bercambah.

Rujukan & Bacaan Tambahan:

  1. scienceabc.com
  2. curiousindians.blogspot.com

tags : , , , , , , , , ,




Hakcipta iluminasi.com (2017)