Telefon pintar merupakan satu kepentingan pasa masa kini. Kebanyakan tugas-tugas harian kita dapat dipermudahkan menggunakan telefon pintar. Dengan hanya menggunakan gadjet yang mudah di bawa tersebut, kita dapat mencari maklumat, mengambil gambar dan menyampaikan maklumat kepada rakan-rakan dengan mudah.
Namun, pernahkah anda mengalami satu keadaan di mana ketika bateri telefon anda hampir habis, anda mengecas telefon anda namun ia lambat penuh? atau pernahkah anda mengecas telefon pintar anda semalaman namun masih tidak penuh? Ia pastinya satu keadaan yang sangat menyakitkan hati. Namun, tahukah anda apakah punca yang menyebabkan perkara ini terjadi?
BESARKAN TEKS A- A+
1. Kabel anda rosak atau buruk
Jika anda mengalami masalah pengecasan yang lambat, perkara pertama yang perlu anda periksa adalah kabel wayar telefon anda. Hal ini demikian kerana kabel pengecas merupakan benda yang paling mudah rosak. Kabel ini sering ditarik daripada punca kuasa elektrik setiap hari dan perkara tersebut menyebabkan ia mudah rosak. Anda perlu menggantikan kabel tersebut dengan kabel asli ataupun yang telah mendapat kelulusan daripada syarikat pengeluar yang terbabit. Jika tidak, masalah anda tidak akan selesai dan pengecasan telefon anda tetap perlahan.
2. Kapasiti output charger
Sekiranya anda menggunakan laptop atau komputer anda untuk mengecas telefon bimbit, maka telefon bimbit anda akan mengambil masa yang sangat lama untuk penuh. Walaupun dengan output USB 3.0, kuasa elektrik yang dibekalkan tidak cukup untuk mengecas telefon anda pada kadar yang optimum. Begitu juga dengan adapter charger anda. Pastikan ia adalah keluaran asal pihak pengeluar yang asli untuk mendapatkan bekalan kuasa yang paling optimum untuk pengecasan telefon pintar anda.
Bagi pengecasan tanpa wayar, tidak dapat dinafikan bahawa ia sangat 'cool'. Namun, pengecasan tanpa wayar akan menyebabkan bateri telefon anda lambat penuh kerana faktor output tenaga elektrik yang kurang cekap berbanding pengecasan menggunakan wayar kabel.
3. Aplikasi latar belakang
aplikasi latar belakang atau aplikasi aktif juga mempengaruhi pengecasan bateri telefon pintar. Hal ini demikian kerana, aplikasi-aplikasi yang masih aktif akan memenuhi kapasiti Random Acces Memory (RAM) dan CPU telefon pintar. Aplikasi-aplikasi yang sering 'booting' dapat ditangani dengan menutup segala recent app atau anda juga boleh setkan aplikasi yang anda jarang gunakan kepada mod hibernasi supaya ia tidak aktif di latar belakang sekaligus menjimatkan bateri telefon dan menyebabkan pengecasan menjadi pantas.
4. Bateri telefon semakin lemah
setiap telefon yag telah lama digunakan akan mengalami satu keadaan di mana bateri telefon tersebut semakin lemah. Oleh itu, penjagaan bateri telefon perlu dilaksanakan sejak awal penggunaan telefon tersebut. Anda boleh ke artikel ini untuk tips penjagaan bateri telefon. Sekiranya bateri telefon anda telah lemah ata rosak, anda boleh membelinya di kedai dan menggantikannya dengan yang baru. Namun, sekiranya anda menggunakan telefon pintar di mana bateri telefon tersebut telah sedia dipasang, anda perlu mengahantar telefon anda ke pusat telefon tersebut untuk mendapatkan bateri telefon yang baru bai mendapatkan pengecasan telefon yang lebih efisyen dan pantas.
5.Panjang dan tebal wayar
Ramai yang tidak mengetahui bahawa panjang dan ketebalan kabel wayar pengecas telefon juga memainkan peranan yang penting untuk memberikan pengecasan yang optimum. Jika kita lihat, kabel original yang diberikan semasa kita membeli telefon tidaklah terlalu tebal dan juga tidak terlalu panjang. Hal ini demikian kerana wayar yang tebal dan panjang akan meningkatkan rintangan bagi elektrik untuk melalui kabel tersebut. Rintangan yang tinggi akan melambatkan proses pengecasan telefon pintar. Oleh itu, sebelum membeli wayar kabel yang baru, ketebalan dan kepanjangan wayar tersebut perlu diberi perhatian.
Sumber rujukan :androidauthirityutusan