Oleh pada 28 Feb 2020 kategori

Kredit foto: Instagram Ali Puteh

   

Ibu arwah Abam Bocey, Sabariah Arshad, mendedahkan perkembangan dirinya yang kini hanya fokus terhadap nasib diri selepas pemergian pelawak popular itu.

Justeru, Sabariah enggan mengambil kisah tentang perihal tindakan menantunya, Nor Hidayah Mohd. Ali yang angkat kaki keluar daripada rumah selepas pemergian Abam.

"Lantak dia lah, dia nak keluar ke, tak nak keluar ke, saya tak ada cakap apa pun. Saya tak hirau.

"Saya fikir anak saya yang sudah pergi sahaja. Siapa nak tanggung saya makan, saya fikir tu," katanya.

   

abam bocey 778

Kredit foto: Instagram Ria X

    

Beliau membuat kenyataan selepas selesai Majlis Tahlil anjuran Astro Warna yang berlangsung di Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur, malam tadi.

Dalam pada itu, Sabariah berkata, beliau dan menantu tidak lagi berhubung selepas pemergian anak lelakinya itu.

"Dia tak ada nombor telefon saya, saya pun tak ada nombor telefon dia.

"Saya hanya tahu nombor yang sudah disimpan dalam telefon. Semuanya nombor telefon anak-anak saya," katanya.

Terdahulu, temubual 'Facebook Live' usahawan sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri bersama balu Abam, Nor Hidayah menjadi tular di laman sosial kerana beberapa isu sensitif termasuk harta pusaka yang disentuh.

Ketegangan antara dua keluarga itu berlarutan dan menjadi bualan hangat di kalangan netizen.

Abam menghembuskan nafas terakhir pada 10 Februari lalu selepas menderita demam panas.

   

Sumber berita: "Lantaklah Dia..Dia Nak Keluar Ke..Makcik Tak Hirau" - Ibu Arwah Abam Akui Tak Simpan Nombor Menantu

    




Hakcipta iluminasi.com (2017)