abam bocey sah bergelar suami

Kredit foto: BH Online

Pelawak Abam Bocey, 29, sah bergelar suami kepada Siti Norhidayah Mohd Ali, 25, pada lebih kurang 5.35 petang tadi, dengan sekali lafaz.

Pasangan terbabit dinikahkan oleh Ustaz Kamal Salam, Penolong Pendaftar Nikah Sabak Bernam, berwakil walikan bapa pengantin perempuan, Mohd Ali Bahtin.

Abam atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan menyerahkan wang hantaran RM13,888 dan mas kahwin bernilai RM3,000, berserta 9 dulang hantaran dibalas 11 oleh pengantin perempuan.

Turut hadir ialah dua lagi rakan kumpulan Bocey, Fad dan Achey.

Pasangan yang berkenalan selama empat tahun itu terlebih dahulu mengikat tali pertunangan di kediaman pengantin perempuan pada jam 10 pagi tadi.

Sementara itu, malam ini akan berlangsungnya majlis malam berinai yang membawa tema ‘Arabic Night’ juga di rumah pengantin perempuan.

Sumber berita: Astro Gempak 

tags : , , , , , , ,



Hakcipta iluminasi.com (2017)