respon abam bocey gagal ke bintang bersama bintang 2018 akhir

Kredit foto: Instagram @tv3malaysia

Nasib tidak menyebelahi pelawak terkenal, Abam Bocey yang disingkirkan daripada menyertai Achey, Issey, Ajak, Shuk dan Mark Adam di peringkat akhir Bintang Bersama Bintang 2018 (BBB18) minggu hadapan.

"Saya akur dengan keputusan juri profesional dan undian atas talian tidak memihak kepada saya sejak minggu pertama sehingga semalam.

"Pada peringkat awal, saya merancang untuk menjuarai minggu keempat atau kelima lalu tapi nampaknya nasib tidak menyebelahi saya," kata Abam.

Abam mengakui pasangan gandingan memberi pengaruh kuat dalam menghidupkan sesebuah pementasan sketsa.

Peringkat separuh akhir BBB18 semalam menyaksikan pelakon komedi, Syanie menjayakan sketsa cinta sebagai tetamu undangan Abam. Mereka bergandingan menyanyikan lagu Syurga Idaman dalam versi yang diolah semula.

Meskipun persembahan itu gagal menempatkan Abam ke pentas akhir, beliau tetap menyifatkan kerjasama bersama Syanie sebagai 'momen' terbaik di luar jangkaannya.

BBB18 diadili secara mingguan oleh juri yang diketuai pelawak terkenal, Saiful Apek dalam menentukan 70 peratus markah, manakala 30 peratus lagi berdasarkan undian atas talian.

Pemenang mingguan menerima ganjaran RM10,000, manakala peringkat akhir pula menawarkan wang tunai RM100,000 kepada juara.

BBB18 ke udara secara langsung dari Studio Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam, setiap Ahad, jam 10 malam di saluran TV3.

Sumber berita: Harian Metro


tags : , , , , , , , ,




Hakcipta iluminasi.com (2017)