Baru-baru ini, para saintis di Amerika Syarikat membuat satu penemuan yang mengejutkan. Cicadas atau dalam bahasa Melayu juga dikenali sebagai riang-riang yang hidup dan membiak selama 17 tahun dalam tanah kembali perlahan-lahan muncul di 15 negeri di seberang Pantai Timur dan Midwest Amerika Syarikat.

Spesis riang-riang "Brood X" ini adalah salah satu daripada 15 spesis riang-riang yang selalu muncul di seluruh timur Amerika Syarikat. Haiwan ini mempunyai kitaran hidup yang agak unik dimana mereka akan hidup dan membiak dalam tanah dan hanya keluar dari tanah setiap 17 tahun!

BESARKAN TEKS     A-  A+

Selepas kemunculan dan penemuan Brood X pada tahun 2021, spesis serangga ini diramalkan hanya akan keluar dari tanah secara besar-besaran dan muncul pada tahun 2038 iaitu kira-kira 17 tahun kemudian. Serangga ini kemudian akan menyahkan exoskelton mereka di pokok dan permukaan lain, seterusnya menjadi serangga dewasa.

Riang-riang yang matang ini akan terbang, mengawan, bertelur di ranting dan kemudian mati dalam beberapa minggu. Kombinasi jangka hayat serangga yang panjang di bawah tanah, kemunculannya serentak dari tanah dalam jumlah yang banyak dan tempoh masa dewasa mereka yang pendek membolehkan spesis Brood X terhindar daripada risiko kepupusan.  

Brood X adalah endemik di Indiana, tenggara Pennsylvania, Maryland, New Jersey, Delaware, East Tennessee, Virginia, Washington, DC, dan kawasan lain di seluruh timur Amerika Syarikat.

Penemuan mengejutkan kesan kulat  "Massospora cicadina"

massospora cicadina 567

Namun, apa yang lebih memeranjatkan adalah penemuan pakar serangga baru-baru ini yang akhirnya merungkai kesan sejenis kulat terhadap hidupan seksual Brood X. Kulat yang disebut "Massospora cicadina" ini telah menjangkiti beberapa Brood X yang telah berhibernasi di bawah tanah selama hampir 17 tahun.

Walauupun kulat ini pertama kali ditemui pada tahun 1800-an, para penyelidik baru-baru ini mengetahui lebih banyak mengenai bagaimana kulat ini mempengaruhi tingkah laku kawanan riang-riang ini yang muncul hanya sekali setiap 1 atau 2 dekad.

Para penyelidik mendapati kulat ini mempunyai bahan kimia yang menghasilkan kesan halusinogen seperti yang dihasilkan "cendawan magik" atau nama sainfitiknya psychedelic mushrooms. Penemuan mengejutkan ini diumumkan Gene Kritsky, pakar serangga dari Mount St. Joseph University di Ohio yang turut menyumbang dalam kajian ini.

Kesan pelik kulat "Massospora cicadina"

hiperseksual

Kulat ini menyebabkan punggung serangga ini terjatuh atau tercabut daripada anggota badan mereka. Kulat yang menyerang riang-riang jantan ini menyebabkan serangga ini kehilangan alat kelamin mereka, seterusnya tidak membolehkan serangga ini membiak. 

Namun, ia tidak akan menghalang riang-riang jantan untuk cuba mengawan. Riang-riang jantan yang dijangkiti kulat ini akan terus berkelakuan agresif untuk mengawan dan seolah-olah berada dalam halusinasi akibat dadah dan menganggap mereka masih mempunyai alat kelamin untuk mengawan dengan riang-riang betina.

Riang-riang jantan ini juga akan terus menyanyi dengan kuat untuk menarik perhatian riang-riang betina untuk tujuan mengawan dan kadang-kadang mereka akan meniru tingkah laku riang-riang betina dengan menggerak-gerakkan sayap mereka untuk menarik perhatian riang-riang jantan lain.

Apabila riang-riang jantan yang dijangkiti menggerak-gerakkan sayapnya itu, kadang-kadang ia menyebabkan riang-riang jantan yang sihat tertipu kerana menyangka riang-riang yang sudah dijangkiti kulat ini sebagai riang-riang betina.

Apabila riang-riang jantan yang sihat ini bersentuhan dengan spesis jantan yang dijangkiti, riang-riang jantan yang sihat ini juga boleh dijangkiti kulat ini dan menyebarkannya pula ke riang-riang yang lain.

Mekanisma serangan kulat

kulat massospora cicadina

Kulat ini mulanya akan menyebabkan hujung belakang riang-riang tercabut atau jatuh, termasuk alat kelaminnya dan diganti kulat berwarna putih. Kulat itu kemudian mengganggu sistem dalaman riang-riang dengan cecair cathinone, sejenis amfetamin iaitu perangsang sistem saraf pusat.   

Cathinone ini kemudian akan membuat riang-riang menjadi liar, meningkatkan keinginan seks mereka sehingga menjadikan riang-riang jantan ini terlalu gersang dan dan berusaha keras untuk mengawan walaupun tidak lagi memiliki alat kelamin yang diperlukan untuk mengawan dengan spesis betina.

Kulat ini menjangkiti riang-riang tepat sebelum mereka keluar dari tanah dan menyebabkan bahagian punggung serangga ini jatuh ketika mereka mulai keluar daripada kepompong mereka sebelum berkembang ke fasa berikutnya menjadi riang-riang dewasa. Adakah kulat ini mempunyai risiko untuk menyebabkan kepupusan riang-rian Brood X ini?

Secara keseluruhan, kulat ini dipercayai hanya menjangkiti sekitar 5% hingga 10% daripada riang-riang ini. Dengan berbilion dan mungkin juga trilion riang-riang ini menyerang tanah di Amerika Syarikat timur selama beberapa minggu, masih banyak persenyawaan yang berlaku dan kemungkinan besar kulat ini tidak akan memberi ancaman terhadap kelangsungan hidup spesies Brood X.

Kredit:

  1. Wikipedia
  2. NJ
  3. Washington Post
  4. NPR



Hakcipta iluminasi.com (2017)