cendawan crepidotus

(Cendawan Crepidotus)

Cendawan telah digunakan selama beratus-ratus tahun. Seawal 400 B.C., Hippocrates menyebut nilai perubatan cendawan dalam tulisannya.

Ia dilihat sebagai tumbuhan yang tumbuh secara kebetulan namun telah ditanam sejak tahun 1652.

Pada awalnya, cendawan tidak dijadikan makanan, sebaliknya digunakan sebagai pemampat dan dalam pelbagai ubat semulajadi di seluruh dunia.

cendawan 2

Terdapat pelbagai jenis cendawan yang boleh ditemui di mana-mana dan boleh dimakan. Dengan ini, anda tidak perlu membayar apa-apa.

Namun, dalam dunia cendawan, terdapat penanam dan pengumpul di seluruh dunia, dan cendawan yang boleh dimakan yang paling mahal dianggap sebagai makanan istimewa.

Antara faktor yang menyebabkan harga cendawan-cendawan atau kulat ini melambung tinggi adalah disebabkan oleh ia sangat sukar untuk dituai dan ditanam.

iluminasi.com kongsikan 5 cendawan paling mahal di dunia.

5. Chanterelles – RM2,060 sekilogram

cendawan chanterelles

Cendawan Chanterelle berwarna keemasan yang indah ini sangat disukai oleh peminatnya kerana rasanya yang pedas. Ya, cendawan ini mempunyai rasa pedas!

Chanterelle tumbuh di hutan konifer dan di bahagian rumput. Walaupun Chanterelle datang dalam pelbagai jenis warna iaitu putih, kuning dan oren, namun warna emas adalah yang paling digemari.

Cendawan ini sangat mahal kerana ai memerlukan keadaan pertumbuhan tertentu. Hujan lebat yang diikuti dengan beberapa hari panas dan kelembapan adalah faktor-faktor membantu Chanterelle tumbuh dengan lebih baik.

cendawan chanterelles 2

Ia muncul secara berkelompok di sekitar akhir musim bunga dan hilang sepenuhnya apabila musim luruh tiba.

Chanterelle mesti dimasak sepenuhnya, kerana boleh membuatkan mereka yang memakannya jatuh sakit jika mentah. Cendawan Chanterelle kering dijual dengan harga sekitar RM 2,060 sekilogram.  

4. Morels – RM2,340 sekilogram

cendawan morels

Di sesetengah pasar di seluruh dunia, cendawan Morel kering dijual dengan harga mencecah RM2,340 sekilogram, menjadikannya cendawan ke-4 termahal di dunia.

Cendawan Morel dalam kering lebih mahal kerana ia menjadi lebih ringan. Cendawan Morel yang segar adalah berat lebih dan boleh didapati dengan harga di antara RM276 dan RM828.

Masalah dengan dengan cendawan ini adalah ia hanya muncul dalam musim yang tersendiri. Di Amerika Syarikat, Morel muncul dari akhir bulan Mac hingga Mei.

cendawan morels 2

Walaupun ia terdapat di setiap negeri di negara ini, namun cendawan mahal ini paling banyak ditemui di negeri-negeri Midwest seperti  North Dakota, South Dakota, Nebraska dan banyak lagi.

Cendawan Morel mempunyai bentuk kepala yang tersendiri, yang mana disamakan dengan bentuk span atau otak.

Ia amat sukar dicari kerana dikelilingi oleh pokok-pokok dan disamarkan oleh daun dan serpihan yang biasa dijumpai di permukaan tanah.

Harganya sangat mahal tinggi kerana ia adalah makanan istimewa bermusim dengan lokasi yang sering tersembunyi dan hanya boleh ditemui oleh pemburu Morel yang berpengalaman.

3. Matsutake – RM18,400 sekilogram

cendawan matsutake

Cendawan Matsutake adalah sejenis kulat yang secara tradisinya menandakan bermulanya musim luruh. Bagi kebanyakan orang Jepun, ia adalah makanan istimewa yang digemari disebabkan oleh aroma buah dan pedas.

Harganya adalah di antara RM9,200 dan RM18,400 sekilogram.

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, pokok-pokok pain merah yang menyediakan perlindungan kepada cendawan Matsutake telah mati dengan begitu banyak disebabkan oleh serangga.

cendawan matsutake 2

Rantau Tamba berhampiran Kyoto adalah rumah kepada pokok pain merah. Apabila jumlah pokok pain merah ini berkurangan, maka jumlah cendawan yang tumbuh di bawahnya juga berkurangan.

Malangnya, kaedah untuk menanam cendawan ini masih belum ditemui dan ini menjadikan cendawan Matsutake sebagai spesies terancam, membuatkan harganya bertambah mahal.

2. European White Truffle – RM33,100 sekilogram

european white truffle

Dengan harga yang membolehkan anda membeli sebuah Perodua Axia secara tunai, truffle Putih Eropah ini adalah cendawan kedua paling mahal di dunia.

Walaupun ramai yang percaya bahawa truffle berbeza dari cendawan, namun kedua-duanya adalah sejenis kulat. Apa yang membuat truffles sangat mahal adalah ia sangat sukar untuk dituai, maka ia sangat sukar untuk didapati.

Pemburu truffle mencari tempat-tempat seperti Itali dan Perancis dalam mendapatkan makanan istimewa yang berharga ini. Disebabkan terlalu mahal dan sangat jarang ditemui, maka pasaran gelap untuk cendawan ini telah muncul.

european white truffle 2

Terdapat juga pencuri truffle dan pencuri anjing yang digunakan untuk menghidu dan mencari truffle ini.

Pengimportan truffle dari China juga telah membanjiri pasaran dan ia dianggap tidak berkualiti tinggi seperti versi Eropah. Ia memerlukan masa yang lama dan kepakaran yang tinggi untuk mencari truffle liar kerana ia tumbuh di bawah tanah.

Pemburu truffle menemui kulat ini di dasar pokok oak, namun proses untuk menuainya dan dibawa sehingga ke meja makan di restoran adalah tersangat sukar.

Laporan tentang truffle yang dicuri dari restoran dikaitkan dengan berita bahawa pencuri pasaran gelap telah menjualnya, termasuk dan anjing truffle.

1. Yartsa Gunbu – RM295,000 sekilogram

yartsa gunbu

Tumbuh dari dalam badan ulat kupu-kupu hantu, kulat parasit ini menjejaskan badan ulat dengan spora kecil yang dibawa oleh udara.

Apabila ia masuk ke dalam badan ulat, kulat ini akan memakan perumahnya. Ulat tersebut akan mati dengan perlahan-lahan, berakhir dengan "mumia" dalam keadaan menegak berhampiran dengan permukaan bumi.

Pada awal musim bunga, kulat ini muncul dari ulat yang mati dan keluar melalui kepala ulat hingga mencapai puncak tanah.

yartsa gunbu 3

yartsa gunbu 2

Cendawan nipis dan panjang dengan bentuk bulat di bahagian atas ini mudah dituai dan sangat digemari di seluruh Himalaya dan Dataran Tinggi Tibet di ketinggian antara 3,000 hingga 5,000 meter.

Orang Tibet percaya mesej purba yang mengatakan bahawa kulat ini adalah sejenis afrodisiak. Ia tersangat mahal kerana tiada cara di dunia yang membolehkan manusia menanamnya, hanya berlaku secara semulajadi.

Kulat Yartsa dengan kualiti yang terbaik dijual dengan harga kira-kira RM295,000 sekilogram, menjadikannya kulat dan cendawan paling mahal di dunia.



Hakcipta iluminasi.com (2017)