Seperti yang kita ketahui, terdapat pelbagai spesies haiwan dalam dunia haiwan yang kita kenali. Ada di antaranya dapat hidup berpuluh-puluh tahun lamanya, malah ada yang mencecah lebih dari 100 tahun. Namun, ada juga haiwan yang dicipta memiliki purata jangka hayat yang sangat pendek.

Ini kerana jangka hayat sesuatu haiwan itu adalah berbeza antara satu sama lain jika dibandingkan dengan manusia. Sebagai contoh, tujuh tahun umur manusia bersamaan dengan setahun umur kucing. Walaupun bagi sesetengah haiwan yang hanya hidup beberapa bulan ini dianggap singkat, ia mungkin bersamaan dengan umur seorang manusia dewasa. Berikut adalah senarai haiwan yang memiliki jangka hayat yang paling pendek di dunia.

9. Mosquitofish (gambusia affinis) - 1.5 tahun

mosquitofish

Mosquitofish ialah sejenis ikan air tawar di mana spesies betina ikan ini boleh membesar sehingga 7 cam panjang, manakala jantan pula sehingga 4 cam panjang. Sama seperti namanya, ikan ini menjadikan larva nyamuk sebagai diet utamanya. Ikan mosquitofish ini mempunyai purata hidup selama 1.5 tahun dan paling lama ialah 3 tahun.

Ia banyak dijumpai di kawasan kolam air tawar yang cetek dan sering menghindari pemangsa yang lebih besar. Ikan ini banyak didapati tinggal di bahagian selatan Illinois dan Indiana serta seluruh sungai Mississipi. Ikan betina mosquitofish ini mengambil masa 30 untung matang manakala spesies jantannya pula memerlukan masa selama 60 hari.

8. Tikus rumah - 8 bulan

tikus rumah

Tikus rumah adalah haiwan paling banyak terdapat di dunia. Manusia juga sering menggunakan tikus rumah sebagai haiwan ternakan dan terdapat lebih 30 spesies tikus rumah yang dikenali sehingga hari ini.

Purata kehidupan seekor tikus rumah adalah selama 8 bulan sahaja. Kemungkinan besar mereka hidup kurang daripada setahun kerana faktor cuaca. Salah satu lagi sebab mereka mempunyai jangka hayat yang pendek kerana sering menjadi mangsa kepada kucing domestik.

Akan tetapi, seekor tikus rumah boleh hidup selama 3 tahun jika dijaga dalam keadaan yang baik dan sesuai. Tikus rumah yang paling lama direkodkan hidup adalah selama 1,819 hari.

7. Pepatung - 3 bulan

pepatung

Pepatung dikenal pasti telah muncul di bumi sekitar 300 juta tahun yang lalu. Kita sering melihat serangga ini di kebanyakan kawasan hijau dan lebih daripada 5000 spesies pepatung yang direkodkan wujud.

Pepatung merupakan salah satu haiwan dengan jangka hayat terpendek iaitu sekitar 8 hingga 12 minggu sahaja. Biasanya mereka dijumpai mati terbaring di atas lantai akibat faktor cuaca atau menjadi mangsa kepada pemangsa yang lain. 

Serangga ini juga menghabiskan separuh daripada usianya di peringkat larva, tetapi setelah matang, mereka tidak dapat bertahan hidup kerana beberapa faktor luaran. Selain itu, apa yang menarik mengenai pepatung ialah mereka hidup sebagai nimfa (sejenis serangga melata) selama hampir empat tahun sebelum menjadi matang dan bertukar kepada kepompong seterusnya menjadi pepatung dewasa.

6. Lebah pekerja - 8 minggu

lebah pekerja

Lebah pekerja biasanya adalah lebah betina dan yang tidak mempunyai kemampuan pembiakan yang penuh seperti ratu lebah. Ia hanya boleh hidup selama beberapa minggu atau bulan sahaja bergantung kepada keadaan cuaca.

Sebagai tambahan, mereka akan mengekalkan suhu sebanyak 34.4 darjah selsius di dalam sarang untuk proses mengeram telur. Bergantung kepada keadaan luaran, lebah pekerja ini sama ada membawa masuk air masuk ke dalam sarang atau menjana haba badan untuk mengekalkan kehangatan sarang.

Tidak seperti semut, spesies lebah mempunyai ratu lebah yang mampu hidup sehingga 5 tahun lamanya. Kebanyakan lebah pekerja dilahirkan pada musim luruh dan akan hidup sehingga musim bunga yang berikutnya.

5. Kupu-kupu Monarch - 6 minggu

kupu kupu monarch

Keadaan haiwan ini agak ironik kerana kupu-kupu Monarch ini merupakan salah satu spesies kupu-kupu paling cantik tetapi hanya mempunyai purata jangka hayat selama enam minggu sahaja.

Kupu-kupu Monarch ini juga dianggap sebagai kupu-kupu paling terkenal di Amerika Utara dan mula ditemui sejak tahun 1871 di Australia dan New Zealand. Walaupun mempunyai jangka hayat yang pendek, "raja" kupu-kupu mempunyai kelebihan iaitu mampu terbang beribu-ribu kilometer sekiranya terbang pada arah yang betul ketika melakukan migrasi.

Kupu-kupu ini cenderung untuk berhijrah ke Mexico selepas menghabiskan musim panas atau musim sejuk untuk bertahan pada musim bunga lain di kawasan utara.

4. Lalat rumah - 4 minggu

lalat rumah

Lalat rumah adalah serangga yang paling kerap ditemui dalam sesebuah rumah dan diketahui wujud sejak ribuan tahun yang lalu. Namun begitu, lalat rumah diketahui mempunya jangka hayat yang pendek sahaja iaitu selama 4 minggu bagi seekor lalat yang sudah mencapai dewasa.

Mempunyai purata ukuran sebanyak 8mm, seekor lalat betina boleh menghasilkan lebih daripada 100 biji telur pada satu-satu masa di atas makanan buangan atau najis. Sepanjang hayat seekor lalat betina, ia mampu menghasilkan lebih daripada 500 biji telur.

Serangga paling umum ini boleh ditemui di mana sahaja di dunia dan mempunyai jumlah yang lebih kurang sama di setiap kawasan di dunia.

3. Semut Drone - 3 minggu

semut drone

Semut Drone ini terdiri daripada semut jantan sahaja dalam koloninya. Mereka lahir daripada telur yang tidak disenyawakan. Semut Drone ini juga tidak seperti semut biasa dan mereka tidak melakukan sebarang tugasan untuk sarang mereka. mereka juga kelihatan seperti seekor penyengat berbanding dengan semut kerana mempunyai sayap.

Lebih dari 12,500 spesies semut Drone yang dikenal pasti sehingga kini dan dipercayai telah berevolusi lebih dari jutaan tahun daripada nenek moyangnya yang kelihatan seperti penyengat. Serangga ini juga boleh ditemui di hampir setiap pelusuk dunia kecuali Antarctica.

Spesis semut drone yang paling singkat jangka hayatnya dikenal pasti hidup hanya selama 3 minggu sahaja. Semut Drone ini merupakan salah satu kasta di dalam seluruh koloni semut yang membezakan di antara ratu, tentera dan pekerja. Ratu semut yang mengawal seluruh koloni mampu hidup selama 30 tahun lamanya dan kesemua semut pekerja dan semut tentera terdiri daripada semut betina.

2. Gastrotrich - 3 hari

gastrotrich

Gastrotrich adalah haiwan seperti cacing mikroskopik yang terdapat di kawasan air tawar dan kawasan laut. Mempunyai saiz sekitar 3 mm panjang, ia hanya mempunyai jangka hayat selama tiga hari sahaja.

Mereka selalunya makan organisma hidup dan juga mati. Haiwan ini juga mempunyai tubuh yang sangat asas dan hanya terdiri daripada kepala, otak, usus, organ reproduktif dan deria.

Untuk penghasilan semula, Gastrotrich menggunakan struktur seperti tiub khas untuk melekat pada organisma lain ketika proses pembiakan. Telur haiwan ini akan menetas dalam masa kurang dari empat hari dalam keadaan persekitaran yang sempurna. Haiwan ini juga diketahui mampu bertahan di dalam kolam kering dan kawasan takungan air yang tidak mengalir.

1. Mayfly - 24 jam

mayfly haiwan paling pendek nyawa

Mayfly setakat ini dianggap sebagai haiwan paling singkat jangka hayatnya di dunia di mana ia hanya mampu hidup selama 24 jam sahaja. Serangga ini termasuk dalam kategori di bawah haiwan akuatik yang dan juga spesies pepatung.

Mayfly yang berada dalam bentuk separa sempurna biasanya hidup di kawasan akuatik di dalam air tawar yang bersih sepenuhnya. Pada dasarnya, Mayfly ini diiktiraf sebagai "nimfa". Terdapat kira-kira 3000 spesies yang diketahui di bawah Mayfly ini dan jangka hayat mereka adalah sekitar 30 minit hingga 24 jam sahaja.

Apa yang mengejutkan ialah haiwan ini tidak mempunyai bahagian mulut dan tujuan kehidupannya semata-mata untuk pembiakan sahaja. Spesies Mayfly Dolania Americana setakat ini dikenal pasti sebagai spesies yang mempunyai jangka hayat paling pendek iaitu hanya sekitar 5 minit sahaja.

Rujukan: 

1. The Mysterious World

2. Earth N World

3. Its Nature

4. List A Maze


tags : , , , , , , , , , , , , , , , ,



Hakcipta iluminasi.com (2017)