Oleh pada 27 May 2019 kategori

Meneruskan kesengsaraan Huawei, syarikat gergasi teknologi itu kini menerima tamparan yang lebih hebat apabila bukan sahaja 1, malah 3 badan/pertubuhan/kumpulan yang berkait rapat dengan sesebuah peranti memutuskan hubungan dengan mereka.

Selamat tinggal SD Card

Keahlian di dalam SD Association, sebuah pertubuhan yang menentukan piawaian sesebuah SD atau SD Card, telah ditarik balik.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Justeru Huawei dan peranti yang akan dilancarkan di masa depan tidak akan mempunyai SD atau SD Card.

Sebuah laporan dari Andorid Authority juga mengesahkan berita ini sejajar dengan larangan Presiden Donald Trump terhadap Huawei.

Peranti sedia ada masih boleh beroperasi dengan SD atau SD Card seperti biasa.

Pengunduran Sukarela Dari JEDEC

ram memori simpanan sementara

Huawei juga dilaporkan telah menarik diri secara sukarela dari keahlian JEDEC, iaitu sebuah kumpulan yang memberi piawaian terhadap RAM sesebuah peranti.

Penggantungan Sementara Dengan Wifi Alliance

lambang wifi

WiFi Alliance juga menggantung sementara keahlian Huawei yang mana badan ini juga seperti SD Association mengawal piawaian WiFi peranti.

Keadaan ini telah membuatkan Huawei bergelut untuk mencari alternatif, dan bersumpah untuk mencuba dan menamatkan sekatan jika boleh. Ia juga memburukkan lagi perang perdagangan A.S.-China yang sedang berlaku, dengan China enggan membuat sebarang kenyataan kecuali jika A.S. membatalkan larangan sedia ada.

Senarai Syarikat Yang Menamatkan Hubungan

Berikut adalah syarikat yang telah menggantung atau menamatkan perniagaan dengan firma Cina dan apakah hubungkait nya dengan Huawei:

1. Alphabet INC

Google menggantung pemindahan perkakasan, perisian dan perkhidmatan teknikal kepada Huawei, kecuali apa yang telah tersedia secara umum melalui sumber pelesenan terbuka.

2. Gergasi Pembuatan Chip

Intel Corp, Qualcomm Inc, Xilinx Inc dan Broadcom Inc memberitahu pekerja mereka bahawa mereka tidak akan membekalkan perisian atau komponen kritikal kepada Huawei sehingga diberitahu.

3. Lumentum Holdings INC

Pembuat komponen optik itu berkata ia menghentikan semua penghantaran ke Huawei, sambil menambah ia "berhasrat untuk mematuhi sepenuhnya keperluan lesen AS yang dikenakan." Huawei mewakili 18 peratus daripada jumlah pendapatan syarikat ini pada suku terakhir.

4. Qorvo INC

Para pembuat chip frekuensi radio berkata, ia menjangkakan pendapatan suku pertama mencecah USD 50 juta kerana menghentikan penghantaran ke Huawei. Huawei mewakili 15 peratus daripada jumlah pendapatan Qorvo pada tahun yang berakhir pada 30 Mac.

5. Analog Devices INC

Ketua Pegawai Eksekutif Vincent Roche berkata syarikatnya tidak akan menghantar apa-apa kepada Huawei di masa hadapan.

6. Inphi CORP

Para pembuat chip komunikasi optik mmbuat ramalan perolehan suku kedua berdasarkan pemahamannya mengenai penyenaraian Huawei ke dalam senarai blacklist oleh kerajaan Amerika , yang mewakili 14 peratus daripada jualan Inphi pada tahun 2018.

7. ARM

Pereka cip British, yang dimiliki oleh SoftBank Group Corp Jepun, berkata pada 22 Mei ia telah menghentikan hubungan dengan Huawei untuk mematuhi larangan AS.

8. Panasonic CORP

Gergasi elektronik Jepun ini berkata mereka telah menghentikan penghantaran komponen tertentu ke Huawei.Mereka masih akan menjual beberapa komponen kepada Huawei, dengan satu mesej yang jelas di laman web Chinanya.

9. Neophotonics CORP

Syarikat pembuat komponen optik ini berkata mereka membuat beberapa senarai inventori tertentu akibat larangan AS pada Huawei, sambil "mematuhi sepenuhnya larangan" dengan menghentikan penghantaran produk.

10. Synopsys INC

Syarikat produk elektronik dan pembuat perisian ini menyatakan syarikat itu menyekat perdagangan dengan Huawei dan ini akan memberi kesan kepada pendapatannya.

rakyat china cintakan huawei

11. Micron Technology INC

Ketua Pegawai Kewangan David Zinsner berkata, syarikat pembuat chip ini yang memperoleh 13 peratus hasilnya pada suku pertama dan kedua dari Huawei, telah dihadkan daripada mengeksport produk tambahan kepada syarikat gergasi China tersebut.

12. Microsoft CORP

Syarikat perisian komputer ini telah berhenti menerima pesanan baru dari Huawei kerana mereka bersetuju untuk mematuhi larangan Amerika Syarikat. Kedua-dua bidang perniagaan antara Huawei dan sistem pengendalian Microsoft - Windows untuk komputer riba dan perkhidmatan lain yang berkaitan juga telah digantung.

13. IQE PLC

Pembuat wafer semikonduktor yang berpangkalan di U.K ini mengeluarkan kenyataan bahawa pengharaman terhadap Huawei oleh AS boleh menyebabkan kelewatan pesanan dan keperluan penyesuaian tahap inventori yang dikendalikan oleh pembekal, terutamanya dalam unit perniagaan tanpa wayar. IQE membekalkan wafer kepada beberapa syarikat cip, yang sebahagiannya membekalkan cip kepada Huawei.

Sumber:

appleinsider

asia.nikkei.com

asianage.com




Hakcipta iluminasi.com (2017)