Oleh pada 18 Aug 2020 kategori

donald trump mahu ban tiktok

Baru-baru ini, masa depan TikTok di Amerika Syarikat dikatakan tidak lama. Presiden Donald Trump berkata bahawa pentadbirannya mahu mengharamkan aplikasi video popular China ini daripada digunakan di AS.

Menurut beliau, rangkaian media sosial popular ini dianggap sebagai satu risiko kepada keselamatan negara kerana kebimbangan privasi dan hubungan dengan negara terbabit.

Namun di belakang tabir, Microsoft sedang meneliti tawaran pengambilalihan untuk membeli operasi TikTok di Amerika, 

Walaupun pelbagai perkara yang masih belum diketahui pada ketika ini, pembelian aplikasi ini boleh menjadi satu pertaruhan yang sangat berisiko namun berpotensi menguntungkan bagi Microsoft.

Jadi apa sebab sebenar Microsoft mahu membeli TikTok dan berapakah harga yang berpatutan untuk aplikasi ini? 

iluminasi.com kongsikan penilaian potensi TikTok dan perbandingan dengan saingan seperti Facebook dan Snapchat.

 218

Menurut eMarketer, pasaran iklan dalam talian tumbuh dengan begitu pesat, berkembang sekitar 16% pada tahun 2019.

Walaupun pertumbuhannya kemungkinan menjadi perlahan pada tahun ini, pasaran ini boleh melonjak kembali dengan begitu dahsyat pada tahun 2021 dengan unjuran pertumbuhan sekitar 17%.

Dengan mengambilalih TikTok, Microsoft mungkin berpeluang untuk menjadi pemain utama dalam ruangan pengiklanan digital, bersaing dengan Facebook dan Google.

TikTok dilaporkan mempunyai lebih daripada 80 juta pengguna di AS sahaja dan pangkalannya telah berkembang pesat sejak beberapa bulan kebelakangan ini dengan pandemik COVID-19 yang memaksa lebih ramai orang untuk aktif bersosial dan berhibur dalam talian.

Walaupun TikTok masih belum mulai mengewangkan (monetize) penggunanya (dengan anggaran purata pendapatan setiap pengguna sekitar $ 1, berbanding sekitar $ 33 bagiFacebook), ia sememangnya mempunyai potensi yang sangat tinggi.

Pengguna TikTok kelihatan sangat sibuk berinterksi, menghabiskan lebih dari 50 minit melayari aplikasi ini setiap hari.

Tempoh ini adalah lebih lama berbanding pengguna Facebook dan Snapchat, masing-masing dengan 30 hingga 40 minit sehari.

tiktok us vs china 2

Malah, demografi TikTiok yang mana lebih cenderung terhadap pengguna remaja dan belia juga terbukti sangat berharga bagi para pengiklan.

Walaupun begitu, pengambilalihan ini juga boleh membawa pelbagai risiko.

Sebilangan besar syarikat media sosial mengumpulkan data pengguna, membina profil, dan menggunakannya untuk menyasarkan iklan dengan lebih baik.

Kebimbangan privasi yang semakin memburuk ini telah meningkatkan pengawasan peraturan di bagi syarikat-syarikat seperti Facebook dan Google.

Microsoft perlu menangani masalah ini jika ingin meneruskan pertaruhan utama ini di ruang media sosial dan iklan.

Jadi, berapa nilai TikTok AS? Setakat ini, anggaran operasi TikTok AS mungkin bernilai sekitar RM80 bilion, berdasarkan unjuran Pendapatan A.S. sekitar RM 2 bilion untuk tahun 2020.

tiktok us vs china

Kini, Microsoft mempunyai enam minggu untuk menandatangani perjanjian pengambilalihan TikTok.

Dalam satu kenyataan, Microsoft mengatakan bahawa ia akan "bertindak pantas" untuk mencapai perjanjian dengan syarikat induk TikTok, ByteDance yang berpusat di Beijing, dengan sasaran selewat-lewatnya pada 15 September 2020.

Microsoft akan melakukan "tinjauan keselamatan lengkap" ke atas syarikat berkenaan dan berjanji untuk menyimpan semua data pengguna Amerika di AS serta memutuskan sebarang hubungan ke sistem-sistem di luar negara.

Rujukan:

1. Forbes

2. NY Times

3. Washington Post



Hakcipta iluminasi.com (2017)