Oleh pada 27 May 2019 kategori

Apabila pengasas dan presiden Huawei, Ren Zhengfei menubuhkan syarikatnya pada tahun 1987 dengan hanya 21,000 yuan yang bersamaan dengan RM27,650.

Tanpa pengetahuannya, syarikat yang dibina dengan modal yang tak seberapa itu bakal menjadi gergasi telekomunikasi yang membuatkan Ren Zhengfei menjadi salah seorang manusia terkaya di dunia.

Syarikat ini beribu pejabat di Shenzhen, Guangdong dan merupakan pengeluar peralatan telekomunikasi terbesar di dunia. Pada mulanya ia ditubuhkan sebagai sebuah syarikat swasta.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Dengan kekayaannya yang dianggarkan kira-kira RM7.12 bilion, syarikatnya kini mempunyai kakitangan seramai 180,000 orang di seluruh dunia dan perolehan tahun ini dijangka mencecah RM524 bilion.

kilang telefon pintar huawei

Ren seorang yang sukakan kehidupan tenang dan bebas dari gangguan pihak media namun dalam beberapa minggu terbaru ini beliau dilihat bertemu dengan wartawan.

Beliau bertindak sedemikian demi mempertahankan syarikatnya di tengah-tengah tekanan daripada Amerika Syarikat dan negara-negara lain yang bimbang akan keselamatan disebabkan oleh peranan Huawei dalam menghasilkan rangkaian 5G diseluruh dunia.

Ren memberitahu bahawa beliau sanggup menutup syarikatnya daripada melakukan sesuatu yang merosakkan kepentingan pelanggan mereka. Huawei menyokong Parti Komunis China namun menurut Ren, beliau tidak akan melakukan sesuatu yang boleh membahayakan negara lain.

"Sesetengah orang Barat mempercayai bahawa peralatan Huawei dicop dengan ideologi tertentu. Ini sangat bodoh seperti menghancurkan mesin tekstil ketika revolusi perindustrian. Kami hanya membekalkan peralatan kepada pengendali telekon dan peralatan tersebut tidak mempunya apa-apa ideologi," kata Ren Zhengfei. 

ren zhengfei pengasas huawei

Ren lahir pada tahun 1944 dan menyambung pengajiannya dalam bidang kejuruteraan di Universiti Chongqing sebelum menyertai institusi penyelidikan Tentera Pembebasan Rakyat China di kemuncak gangguan yang disebabkan oleh Revolusi Kebudayaan 1960-an di negara itu.

Ketika itu, kekacauan berlaku hampir di semua tempat, termasuklah dalam pertanian dan industri. 

Setiap rekyat Cina diberi hanya satu pertiga daripada satu meter kain. Jumlah itu hanya boleh digunakan untuk menampal, jadi Ren tidak pernah memakai pakaian tanpa tampalan ketika beliau masih muda. 

pengasas huawei ren zhengfei

Sebagai seorang jurutera, Ren dihantar untuk membina kilang pakaian sintetik di Liaoyang, timur laut China.

Kehidupan ketika itu tersangat sukar dan rumah Ren sangat lusuh sehingga sentiasa berasa sejuk. Suhu boleh mencecah -28C.

Pembekalan daging dan minyak masak juga sangat terhad bahkan tiada bekalan sayur segar. 

ren zhengfei besama keluarga

Akan tetapi, Ren memberitahu bahawa beliau gembira dengan kehidupannya. Ini kerana jika anda terlalu banyak membaca di sesetengah kawasan lain di China, anda boleh dikritik, jadi kilang tersebut adalah antara tempat yang selamat untuk membaca.

Ini kerana mereka perlu memahami bagaimana peralatan berfungsi.

Pada tahun 1978, 2 tahun selepas kematian pemimpin Mao Zedong, Ren akhirnya menyertai Parti Komunis dengan mencipta alat utama yang digunakan untuk menguji peralatan canggih di kilang pakaian.

Beliau tidak dibenarkan berbuat demikian sebelum ini kerana hubungan ayahnya dengan pasukan nasionalis yang kalah dalam perang saudara China.

Semasa tahun 1960-an, bapanya telah dilabelkan sebagai "penghalang kapitalis", istilah penindasan bagi mereka yang dianggap berusaha untuk memulihkan kapitalisme yang kemudiannya dipenjarakan.

Ren berharap untuk menjadi sama seperti seorang leftenan kolonel dalam tentera, tetapi dibuang pada tahun 1983 apabila China terpaksa mengurangkan korp kejuruteraannya.

Setelah berpindah ke Shenzhen di selatan China dan bekerja dalam sektor elektronik bayi negara.

ren zhengfei

Ren yang merupakan bekas timbalan pengarah syarikat kejuruteraan Tentera Pembebasan Rakyat, mengasaskan Huawei pada tahun 1987 di Shenzhen selepas mengumpulkan wang yang cukup.

Kejayaan pertama syarikat ini datang pada tahun 1993, ketika Huawei melancarkan suis telefon terkawal C & C08.

Ia merupakan suis paling hebat yang terdapat di China pada masa itu.

Dengan mula-mula digunakan di bandar-bandar kecil dan kawasan luar bandar serta memberi penekanan kepada perkhidmatan dan kebolehubahsuaian, syarikat itu mula menerima sambutan pasaran.

Beliau mempunyai dua orang anak dari perkahwinan pertamanya dan kedua-duanya bekerja untuk Huawei iaitu Meng Wanzhou dan Meng Ping.

Jika anda lihat pada nama kedua-dua anaknya, mereka tidak menggunakan nama keluarganya iaitu "Ren". Meng Wanzhou dan Meng Ping menggunakan nama keluarga ibu mereka bagi mengelakkan sebarang perhatian yang tidak perlu.

meng wanzhou cfo huawei

Annabel Yao, anak perempuan Ren daripada perkahwinannya yang kedua, adalah pelajar sains komputer di Universiti Harvard.

Isteri ketiga Ren bernama Su Wei, yang dilaporkan merupakan bekas setiausaha beliau. 

Pada bulan Disember, anak sulungnya yang juga merupakan ketua pegawai kewangan Huawei, Meng Wanzhou telah ditangkap di Kanada atas permintaan AS atas dakwaan penipuan berkaitan hubungan syarikat dengan syarikat telekom yang menjalankan perniagaan di Iran.

Ren berkata beliau bahawa percaya sistem perundangan Kanada dan AS akan "mencapai kesimpulan yang tepat", tetapi "sebagai bapa Meng Wanzhou, saya sangat merasakannya".

Tetapi agak menghairankan, Ren merupakan peminat Presiden Donald Trump walaupun berlakunya perang perdagangan antara Washington dan Beijing.

"Saya percaya beliau (Donald Trump) merupakan presiden yang hebat dalam erti kata bahawa beliau berani untuk memotong cukai. Saya fikir ia sesuai untuk pembangunan industri di Amerika Syarikat," kata Ren Zhengfei.

Walaupun Amerika Syarikat menekan negara-negara lain agar tidak menggunakan peralatan Huawei, Ren berkata beliau yakin dengan masa depan Huawei.

Syarikat ini mempunyai lebih daripada 30 kontrak komersial 5G dan telah menghantar 25,000 stesen pangkalan 5G.

Menurut Ren, selagi mereka menghasilkan produk yang menarik, pasti akan ada pelanggan yang akan membeli.

Rujukan:

1. BBC

2. Huawei

3. Success Story




Hakcipta iluminasi.com (2017)