Oleh pada 24 Jan 2018 kategori

Sumber foto: Kosmo Online

Datuk Seri Najib Razak menegaskan bahawa Malaysia tidak akan lagi melakukan semula tindakan menambat ringgit seperti yang dijalankan kepimpinan terdahulu.

Menurut Perdana Menteri, tindakan itu mampu mendatangkan kesan yang negatif kepada perkembangan ekonomi dan kesejahteraan rakyat.

"Kita telah menegaskan bahawa kita tidak akan mengulangi langkah itu, dengan meyakini bahawa meskipun akan ada turun naik dalam tempoh jangka pendek, namun bagi jangka masa panjang paras ringgit akan mencerminkan kekuatan ekonomi Malaysia," ujarya ketika melancarkan Invest Malaysia 2018 semalam.

Menteri Kewangan itu juga memberitahu sebegitu sebagai memberi keterangan terhadap kenyataan yang dikeluarkan oleh pemimpin pembangkang yang mempunyai persepsi bahawa dengan menambat semula ringgit, ia bakal menjadi suatu tindakan yang senang dan membantu.

Datuk Seri Najib Razak memberitahu, bertumpukan kepada tindakan yang dijalankan terdahulu menyaksikan pelabur dan pasaran global tidak yakin dengan negara ini.

Bahkan, beliau turut menjelaskan bahawa negara terpaksa memakan tempoh yang panjang bagi mendapatkan kembali keyakinan pelabur setelah tindakan menambat ringgit berbanding dolar AS yang dijalankan sewaktu Krisis Kewangan Asia pada tahun 1997 dan 1998.

Bursa Malaysia Bhd dan Maybank bertindak selaku penganjur Invest Malaysia ke-14.

Sumber berita: BH Online




Hakcipta iluminasi.com (2017)