tiga lelaki lemas ketika berkelah di air terjun sungai sendat

Sumber foto: JBPM / Astro Awani

 

Keseronokan 7 rakan bersama-sama bagi tujuan mandi-manda diakhiri dengan tragedi dimana 3 daripada mereka disahkan maut akibat lemas menerusi sebuah insiden di Air Terjun Sungai Sendat, Ulu Yam di Hulu Selangor kelmarin.

Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kubu Bharu, Penolong Penguasa Bomba Kamil Hamadan, menerusi insiden kira-kira jam 11.45 pagi itu, mereka yang seramai 5 lelaki dan 2 wanita berumur dalam lingkungan 20-an pergi ke tempat insiden untuk beriadah lalu 2 daripada mereka tergelincir dan jatuh ke dalam sungai.

Berasa risau tentang keselamatan 2 rakan itu, seorang lagi rakan lelaki mereka terjun ke dalam sungai untuk memberikan bantuan lalu dia turut hilang tanpa dapat dikesan.

Sejumlah 4 lagi rakan yang menanti di tebing sungai kemudiannya menghubungi pihak bomba untuk meminta pertolongan,” ujarnya sewaktu dihubungi semalam.

Keseluruhan remaja terbabit yang tinggal di Klang, Selangor dilaporkan mengambil kesempatan cuti umum sempena Tahun Baru Cina bagi bersama-sama beriadah.

Sumber berita: Kosmo Online


tags : , , , ,



Hakcipta iluminasi.com (2017)