tangani penceramah segera sebar hadis palsu dalam media sosial zahid hamidi

Sumber foto: Kosmo Online

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Bahagian Kawalan Penerbitan dan Teks Al-Quran Kementerian Dalam Negeri (KDN) didesak menambahkan langkah untuk mengawasi penyebaran hadis mauduk (palsu) dalam kalangan penduduk di negara ini.

Menurut Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi selaku Timbalan Perdana Menteri, usaha ini penting untuk mengurangkan perpecahan umat Islam kerana perbezaan pandangan bagi mentafsirkan sumber hukum.

"Hadis mauduk mempunyai tafsiran yang pelbagai. Dan amalan daripada hadis mauduk ini, telah menyebabkan perbezaan fikiran antara masyarakat.

"Bagi mengelak suasana itu, Jakim dan Bahagian Kawalan Penerbitan dan Teks Al-Quran akan mengambil peranan proaktif untuk memperbetulkan situasi ini," ujar Zahid semasa merasmikan 'Garis Panduan Penulisan dan Penerbitan Teks Hadith & Wacana Kawal Selia Hadith Siri II' di Kuala Lumpur, kelmarin.

Beliau yang juga merupakan Menteri Dalam Negeri berkata, pemantauan mesti dibuat khususnya ke atas penceramah yang menjadikan hadis palsu sebagai alat bagi memesongkan umat.

"Penceramah fizikal boleh ditegur dan ditarik balik tauliahnya.

"Bagaimana pula kalau penceramah yang menyebarkan ajaran di YouTube? Dan disalah tafsirkan, dan dicampurkan lagi dengan jenaka?" tanyanya.

Tentang garis panduan yang dirasmikan kelmarin, Ahmad Zahid menjelaskan, Jakim dan Bahagian Kawalan Penerbitan dan Teks Al-Quran KDN harus mencapainya menerusi tanda pagar #hadithsahih.

Ia bermaksud agar penulis dan penceramah agama tidak terbabit dengan hadis palsu dan tidak memberitahu sumber hukum yang ditafsir sendiri.

Sumber berita: Astro Awani


tags : , , , , , , , , ,



Hakcipta iluminasi.com (2017)