remaja temui ajal langgar kereta buat pusingan u di kuantan

Sumber foto: Kosmo Online

Seorang remaja menemui ajal dan adiknya mengalami kecederaan kerana motosikal dinaiki mereka melanggar sebuah kereta yang secara tidak disangka-sangka melakukan pusingan U di Kilometer 4 Jalan Bentong-Karak, Kuantan kelmarin.

Muhammad Alif Haikal Nordin (19 tahun) disahkan meninggal dunia semasa menerima rawatan di hospital menerusi insiden pada jam 7.30 malam itu.

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintenden Yusof Unis memberitahu, adik mangsa, Muhammad Akmal Danial (18 tahun) dipindahkan ke Hospital Sultan Ahmad Shah (Hoshas), Temerloh dari Hospital Bentong bagi menerima rawatan lanjut.

Tambahnya, pemandu dan penumpang kereta tersebut tidak mendapat kecederaan serius.

Jelasnya lagi, menurut siasatan awal, insiden terjadi ketika kereta itu dipandu dari kawasan air terjun Chamang menghala ke sebuah hotel tetapi melakukan pusingan U mengakibatkan motosikal di belakang dari arah sama tidak berkesempatan mengelak.

Sumber berita: Utusan Online


tags : , , , ,




Hakcipta iluminasi.com (2017)