Kredit foto asal: Instagram.com/boss_ned
Suami kepada pelakon Nora Danish, Nedim meluahkan rasa kecewanya kerana tidak dibenarkan berjumpa dengan cahaya mata hasil perkahwinannya terdahulu bernama Mohamed Nedrin atau Dre.
Pemilik nama sebenar Nedim Nazri Aziz itu memuatnaik foto bersama isterinya, Nora Danish menerusi laman sosial Instagram beserta kapsyen menerangkan yang dia telah membawa perkara itu ke mahkamah untuk menuntut hak penjagaannya sebagai seorang bapa.
Kepada anak saya Nedrin, ayah mahu awak kuat, ayah mahu awak sihat dan gembira. Hanya Allah mengetahui betapa ayah merinduimu. Tapi tidak mengapa, ayah berjanji tidak akan merosakkan nama kamu ke dalam masalah ini, ayah lakukan ini selepas tidak diberi peluang untuk menghubungi dan bercakap dengan kamu.
Hari ini adalah hari pertama ayah ke mahkamah dan berjanji apa yang ayah mahu ialah separuh hak penjagaan untuk meluangkan masa bersama kamu. Ayah tidak meminta hak penjagaan penuh kerana ayah tahu yang terbaik untuk kamu untuk dibesarkan dengan kasih sayang ibu dan bapa.
Menurut Nedim lagi, dia sudah bersedia dan pasrah dengan apa jua keputusan yang akan ditetapkan oleh pihak mahkamah kelak.
Nedim juga berkata sekurang-kurangnya dia membuktikan bahawa dia telah mengambil inisiatif bagi memperjuangkan haknya sebagai seorang bapa kepada Dre.
Saya sentiasa mendengar lagu-lagu kegemaran kami bersama iaitu 'You Are My Sunshine' bagi mengubat kerinduan. Itu sahaja yang membuatkan ayah berada dekat dengan kamu. Ayah juga berjanji akan terus memperjuangkan hak untuk menjaga kamu.
Dalam pada itu, Nedim menerusi Instastory telah meluahkan sesuatu seolah-olah menggambarkan ada pihak yang cuba memisahkan dia dengan anak kandungnya itu.
Bismillah, ya Allah, kau tahu yang sebenar dan terbaik, aku reda dan serahkan padamu, manusia jahat yang cuba ingin menjauhkan anak dari darah dagingnya adalah perbuatan keji.
Untuk makluman, Nedim pernah mendirikan rumahtangga dengan seorang wanita bernama Nabilah Khan pada tahun 2011 sebelum bercerai pada tahun 2013. Mereka berdua menimang Dre iaitu anak tunggal mereka yang kini berusia 5 tahun.
Sumber berita: mStar Online