Oleh pada 13 Jan 2018 kategori

Kredit foto: Instagram Diana Danielle

Datin Diana Danielle menepis dakwaan kononnya suaminya, Datuk Farid Kamil Zahari, murung dan berkelakuan pelik kerana dilarang berjumpa anak-anak.

Aktres itu bagaimanapun menegaskan dia tidak pernah mengeluarkan arahan melarang Farid daripada bertemu anak.

Kata pelakon filem Idola itu, anak-anak mereka berada di bawah jagaan ibu beliau kerana dia turut sama keluar bekerja.

"Disebabkan saya bekerja, saya tinggalkan dua anak saya di bawah jagaan ibu.

"Rumah ibu hanya setingkat bawah rumah saya iaitu di kondominium yang sama. Dia boleh berjumpa anak-anak dengan mudah kalau dia mahu," katanya dalam sebuah wawancara eksklusif bersama New Straits Times (NST).

Pagi semalam, Farid ditahan reman hingga Isnin depan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan, Seksyen 90 Akta Polis, Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 353 Kanun Keseksaan.

Dalam kejadian dua hari lalu, Farid hadir di Balai Polis Trafik Kota Damansara bersama seorang rakan untuk membuat laporan berhubung kes kemalangan jalan raya.

Sewaktu di kaunter balai, beliau tidak semena-mena berang sebelum menampar anggota polis sambil disaksikan seorang anggota lain dan tiga orang awam.

Malah dia turut menyepak dua orang awam lain.

Susulan itu, beliau ditahan dan hasil ujian air kencing mendapati dirinya positif dadah jenis ganja.

Sumber berita: BH Online




Hakcipta iluminasi.com (2017)