respon balas nedim kepada ucapan jejai 1

Kredit foto: Beautifulnara

Sebelum ini, Jejai (Rizal Ashram) yang juga bekas suami kepada pelakon Nora Danish hadir memberikan sokongan di majlis pernikahan kedua bekas isterinya - bersama Nedim Nazri. 

Turut hadir adalah ibu bapa Jejai yang juga bekas ibu dan bapa mertua kepada Nora. 

Susulan kehadirannya disertai dengan sebuah ucapan istimewa kepada pengantin yang dibuat melalui laman Instagram beliau. 

Menariknya, ucapan positif Jejai bukan sahaja mendapat perhatian netizen, malah menerima kiriman balas oleh Nedim sendiri. 

Nedim merakamkan ucapan terima kasih atas kehadiran Jejai dan ibu bapanya. Malah Nedim beranggapan foto Jejai bersama beliau dan isteri di pelamin adalah sebagai foto terbaik pada malam tersebut. 

Ucapan Nedim tersebut dibuat melalui laman Instagram beliau. 

Pada saya, gambar kami (Jejai bersama saya dan Nora di pelamin) adalah gambar yang paling menarik pada malam tersebut. Terima kasih kerana datang Rizal Ashram! Kita kini bersahabat baik. Terima kasih atas ucapan pernikahan tersebut. Salam sayang kepada anda dan ibu bapa anda kerana hadir pada majlis tersebut.

respon balas nedim kepada ucapan jejai 2 71

Kredit foto: Instagram Jejai


tags : , , , , , , , , ,




Hakcipta iluminasi.com (2017)