Kredit foto: Instagram Nora Danish

Aktres Nora Danish melahirkan seorang bayi lelaki, jam 9 pagi semalam di sebuah hospital swasta.

Berita itu dihebahkan suaminya, Nedim Nazri menerusi kiriman Insta Stories.

Nora dan bayi yang dilahirkan secara pembedahan itu dilaporkan berada dalam keadaan sihat.

"Terima kasih atas doa anda semua," kata Nedim disertai video pendek Nora ditolak ke wad.

Entri itu disusuli perkongsian wajah bayi yang digelarkan dengan nama Ney Ney.

Nora juga tidak ketinggalan memaparkan swafotonya bersama Ney Ney sambil mendedahkan nama sebenar bayi comel itu.

nora danish kongsi foto dan nama anak 2

Kredit foto: Instagram Nora Danish

"Alhamdullilah. Bertemu anak lelaki saya, Mohamed Neqayl Nedim," tulisnya dalam kiriman di akaun Instagram peribadinya.

Menerusi ruangan komen, rata-rata peminat mengambil kesempatan untuk mengucapkan tahniah sambil memuji kecomelan Ney Ney yang berkulit putih.

Terdahulu, Nora pernah memaklumkan dia asalnya dijangka bersalin pada 9 Mac ini.

Untuk info, Nora mempunyai seorang lagi anak daripada perkahwinan terdahulu iaitu Rayqal, 9.

Manakala Nedim juga mempunyai seorang anak hasil perkahwinan pertamanya iaitu Mohamed Nedrin atau Dre.

Sumber berita: Sinar Harian




Hakcipta iluminasi.com (2017)