Oleh pada 23 Sep 2017 kategori

beginners guide to smartphone photography feature

Fotografi dan telefon pintar nampaknya semakin lama semakin sinonim, kerana dengan pembangunan teknologi yang semakin hebat, peralatan fotografi yang selama ini besar dan berat, mampu dimampatkan ke dalam satu badan yang nipis dan ringan untuk dibawa.

Memang ada perbezaan di antara kualiti gambar berdasarkan peranti yang digunakan namun jurang perbezaan di antara telefon pintar dan kamera sebenar, nampak semakin hari semakin menipis. Adakah satu hari nanti, telefon pintar mampu menyaingi kamera DSLR? Kita tunggu dan lihat kerana kami takut nak buat ramalan.

'DxO marks' adalah standard yang kerap digunakan untuk merujuk tahap kualiti imej yang dihasilkan oleh sesuatu peranti dan pada 22 September 2017, satu pengumuman besar telah dilakukan. Terdapat raja baru dalam kualiti gambar peranti telefon pintar diumumkan. Model manakah itu?

5. Apple iPhone 7 Plus (88 markah)

iphone 7 plus

Mendapat skor 88 markah daripada 100, kamera iPhone 7 Plus dilaporkan memberikan tona keseimbangan warna putih yang bagus, mampu menangkap gambar yang baik ditempat kurang cahaya dan mampu memberikan kualiti video yang baik kerana sistem penstabilan optiknya cukup membantu. Apa yang kurang memuaskan adalah sistem auto fokusnya agak tercari-cari ketika cahaya kurang memuaskan.

4. HTC u11 (90 markah)

htc u11

Skor 90 meletakkan HTC u11 dalam barisan elit telefon pintar pada kapasiti kamera dan video. Mempunyai sistem yang cukup stabil dalam pelbagai keadaan, kamera yang mampu merakam video dengan penurunan kualiti yang minima dan penataan warna yang stabil pada setiap keadaan. Namun, kekurangannya terbesarnya jatuh pada hilangnya kadar dinamik gambar yang kerap kehilangan maklumat-maklumat kecil pada gambar serta pesaing lainnya agak jauh ke depan.

3. Google Pixel (90 markah)

google pixel

Telefon ini mungkin agak sukar dijumpai penggunanya di negara kita. Telefon yang dikeluarkan oleh Google ini sebenarnya raja kepada fotografi telefon pintar sebelum ini. Mempunyai sistem kamera dan video yang terbaik pada tahun dikeluarkan, Google Pixel mampu memberikan kualiti gambar dan video yang mirip dengan apa yang kita lihat. Namun kekurangannya jelas pada kualiti gambar yang menurun apabila penggunaan zoom digunakan, yang memberikan impak besar pada imej yang dihasilkan.

2. Apple iPhone 8 (92 markah)

iphone 8

Kekuatan Apple dalam teknologi fotografi telefon mobil tidak dapat dinafikan selepas mereka memperkenalkan model-model iPhone ke dalam pasaran. Dengan penggunaan sensor yang lebih kecil jika dibandingkan dengan dua pesaingnya, Google Pixel dan HTC u11, kualiti gambar yang dihasilkan menakjubkan. Berkebolehan memberikan kualiti warna yang terbaik dalam setiap keadaan, pengstabilan optik yang berfungsi baik, auto fokus yang pantas dan tepat membuatkan Apple iPhone 8 mampu menjadi raja fotografi telefon pintar baru, namun iPhone 8 tewas dengan abangnya sendiri.

1. Apple iPhone 8 Plus (94 markah)

iphone 8 plus

Memberikan kualiti gambar yang lebih baik berbanding adiknya, iPhone 8 Plus mempunyai beberapa kelebihan besar jika dibanding terus dengan adiknya. Kemampuan bokeh yang lebih baik dengan penggunaan sistem dua lensa beresolusi 12 mega piksel dan berkemampuan menghasilkan gambar yang cantik pada situasi yang cahayanya tidak sekata. Kuasa zoomnya pula lebih baik berbanding iPhone 8 kerana kualiti zoomnya menghasilkan kualiti gambar yang tetap berkualiti.


Adakah kedudukan nombor 1 yang dipegang oleh Apple iPhone 8 Plus akan dipintas oleh abang besar mereka, Apple iPhone X? Besar kemungkinan ya. iPhone X dilaporkan mempunyai lensa dengan bukaan yang lebih besar dan sistem pengstabilan optik pada kedua-dua lensa, yang akan menambahbaik sistem yang ada pada iPhone 8.

Jika Apple iPhone X menjadi raja baru fotografi telefon pintar, ini bermakna 10 tempat teratas akan dikuasai kebanyakan model telefon pintar yang masih dikira baharu. Sehingga kini, tempat keenam dipegang oleh iPhone 7, diikuti oleh Sony Xperia XZ, Samsung Galaxy S6, iPhone 6 dan yang terakhir pada tempat ke 10, Nokia 808 Pureview.

Agak mengkagumkan teknologi Nokia yang diperkenalkan pada tahun 2012 masih lagi kekal di antara 10 teknologi terbaik dalam perihal fotografi telefon pintar di dunia. Adakah legasi Pureview Nokia akan berakhir atau Nokia akan kembali dengan teknologi baru mereka untuk merebut kembali bidang yang telah mereka pegang sekian lama?

Sama-sama kita tunggu dan lihat.RujukanDxO Mark


tags : , , , , , , , , , , ,

web counter



Hakcipta iluminasi.com (2017)