liza abdullah akur jika ditakdirkan buta

Kredit foto: Instagram @shahrezza61

Aktres Liza Abdullah, 53, akur jika matanya ditakdirkan untuk buta.

"Kalau buta, apa lagi mampu saya lakukan. Saya reda andai ini ketentuan Allah," luahnya.

Ulasan itu dibuat susulan mata kanannya yang tidak boleh dibuka serta membengkak angkara masalah kornea.

Keadaan matanya yang kemerahan dikatakan beransur baik selepas dirawat di sebuah pusat perubatan di Sungai Buloh sejak Isnin lalu.

"Penglihatan mata saya terjejas. Doktor memaklumkan kornea mata kanan saya semakin menipis dan terdapat nanah di bahagian tepi mata.

“Doktor bimbang andai tidak dirawat segera kornea mata akan mengalami rosak teruk," katanya.

Pelakon senior ini dinasihatkan untuk mendapatkan rawatan susulan.

"Selepas menjalani rawatan, penglihatan mata saya semakin baik walaupun terpaksa menahan sakit beberapa hari.

"Cuma nanah di bahagian tepi mata masih ada namun tidak menganggu penglihatan," katanya.

Dalam pada itu, Liza berkata, masalah itu terjadi kerana penggunaan kanta lekap dalam tempoh yang lama selain terlalu kerap memakai penipis mata.

Bahkan, waktu rehat yang kurang juga membuatkan ia bertambah kronik.

"Selain itu, rehat tidak mencukupi juga mendorong masalah ini bertambah teruk," katanya.

Sumber berita: Harian Metro


tags : , , ,

web counter



Hakcipta iluminasi.com (2017)