Rindu awak 200% - Pasti semua orang pernah dengar bahkan pernah menonton drama ini di kaca televisyen. Namun tak semua orang tahu siapakah penulis asal cerita itu terutamanya kaum lelaki. Kali ini iluminasi.com ingin kongsikan temubual tidak formal kami dengan penulis novel rindu awak 200% iaitu Liyana Zahim gadis kecil molek graduan dari IIUM ini. Sekiranya ada dikalangan pembaca Iluminasi yang kurang menggemari drama-drama di kaca televisyen (menyampah tau), anda perlu tahu bahawa, kisah Liyana Zahim ini adalah realiti yang mampu menjadi inspirasi, Rindu Awak 200% pula hanya fantasi. Ikuti temubual ini.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Q : Sejak bila Liyana Zahim mula menceburi bidang penulisan?

A : Menulis ni dah lama dah. Sejak dari sekolah rendah lagi suka mengarang. Tapi mula menulis dengan serius dan penulisan saya pernah dibukukan, sejak tahun 2010 lagi. 

Q : Mula menulis di mana? Forum? Blog? Buku latihan?

A : Kali pertama saya terjebak dengan penulisan ni saya tulis cerpen ketika zaman sekolah menengah, cetak dan hantar pada syarikat akhbar. Alhamdulillah penulisan saya diterima. Di blog pun saya ada menulis juga tapi biasanya saya tulis puisi, sajak dan penulisan ringkas sahaja. 

novelis liyana zahim

Q : Novel diadaptasi ni, impian ramai orang. Apa perasaan Liyana Zahim?

A : Memang impian sejak kecil tapi tak adalah sampai bermimpi tinggi melangit. Hehehe. Dah tentu bila dah diadaptasi, gembiranya saya tak tahu nak cakap macam manalah! Gembira sampai mengalir air mata. Rasa macam tak percaya pun ada. Lagi-lagi bila tahu novel tu disiarkan dalam slot paling trending di TV3, which is slot akasia. Mengalir lagi air mata saya buat kali kedua. 

Q : Macam mana novel sampai boleh diadaptasi dalam drama? Ada orang approach ke atau sendiri usahakan cari penerbit yang berminat?

A : Novel rindu awak 200% tak pernah di-shortlisted pun untuk adaptasi, tapi kebetulan ada seorang pengurus Karangkraf terbaca novel saya dan hantar novel saya kepada penerbit Creative Skill Solution (CSS). Kemudian CSS yang usulkan kepada TV3 supaya diluluskan untuk diadaptasikan sebagai drama dan disiarkan di televisyen.

rindu awak 200 peratus percent

Q : Ada pengalaman tak menyeronokkan untuk dikongsi?

A : Mula-mula dulu memang struggle nak cetak novel sendiri sampai 400 mukasurat. Dahla masa tu duit pun tak berapa banyak, kena binding, kena balut dan hantar kepada penerbit. Zaman dulu tak boleh nak hantar e-mel manuskrip macam sekarang. Jadi terpaksalah ikat perut makan megi sambil mengalirkan air mata sebab nak tanggung kos penghantaran dan sebagainya walaupun tengah sengkek. Struggle pun menangis, gembira pun saya menangis. Hahaha 

Q : Ceritakan sedikit pandangan Liyana Zahim berkaitan industri penulisan atau penerbitan buku.

A : Secara jujurnya, industri penulisan sekarang dah berkembang maju di Malaysia. Dulu ada beberapa kerat je penerbit buku, sekarang dah banyak sangat. Saingan pun makin tinggi, baik antara penulis dan juga penerbit. Ramai penulis keluar dari kontrak penerbitan dan terbitkan sendiri buku masing-masing sebab makin mudah nak dapatkan pihak untuk cetak buku. Bagi saya, bagus untuk industri dan untuk penulis terutamanya sebab tak perlu terikat dengan kontrak terbitan yang agak ketat. Mereka (penulis) boleh untung berlipat ganda dengan menerbitkan buku sendiri. Cuma bukan kerja mudahlah. Strategi jualan dan isu logistik kena fikir sendiri. Nak buat semua tu seorang diri, saya yakin anda pasti pening kepala sehingga bercucuran air mata. Hihihihi (gelak jahat)

pelakon dan penulis rindu awak 200

Q : Pandangan berkaitan plagiarisme?

A : Kes plagiat sekarang berleluasa sedikit sebanyak jejaskan penjualan buku dan novel di kedai-kedai buku. Kerana sumber pembacaan dari plagiarisme kebanyakannya adalah percuma. Siapa tak mahu baca percuma kan? Kadang-kadang tu siap ada novel dalam bentuk pdf (e-book) boleh dimuat turun percuma walhal penulis asal tak keluarkan pun novel dalam bentuk digital. Teknologi ni kadang-kadang menyusahkan orang. Geram betul saya. 

Q : Ada tak nasihat berguna kepada yang baru nak menceburkan diri dalam bidang penulisan ni?

A : Nasihat saya kalau nak menulis. Pertama sekali, kena berani terima kritikan serta kutukan dari pembaca. Kedua, tulislah dengan jujur, jangan ambil karya orang kecuali untuk rujukan. Ketiga, kena rajin buat kajian. Jangan tulis benda yang tak masuk akal. Sekurang-kurangnya kena ada ilmu dalam penulisan. Kena ingat pembaca datang dari pelbagai jenis latar belakang pendidikan. Silap tulis, lain tafsiran yang membaca. Tak pasal kena kecam nanti, menangis lagi. Haha! Well, You are what you write!

Secara ringkasnya, dunia penulisan tak menjanjikan bulan dan bintang sepenuhnya. Banyak cabaran dan banyak kena sabar. Macam pengalaman saya, salah sikit pun orang akan kritik di forum-forum, blog-blog dan laman sosial. Ditambah dengan moral netizen sekarang yang kasar bahasanya. Kalau novel tu hampir menyamai drama yang pernah didramakan pun kena kondem walaupun kita tak tahu menahu tentang drama itu. Hahaha. Kadang-kadang sampai mengalirlah juga air mata ni sebab ada kritikan tu terlalu keras untuk diterima. Tahan mata, tahan hati sahaja baca komen pengguna. Jadikan komen dan kritikan itu untuk menambahbaik penulisan sendiri. 

zul ariffin dan ayda jebat

Perlu diingatkan apa yang kita tulis tak semestinya orang suka. Dan begitulah juga sebaliknya. Jadi untuk tujuan melariskan, kena tulis apa orang suka instead of apa kita suka. Masa mula-mula menulis dulu saya suka tulis apa yang saya suka. Makin lama saya belajar untuk memahami apa yang orang suka. Jadi penulis ni tak adalah kaya mana, sebab tu menulis untuk jadi glamour dan kaya takkan kekal lama dalam industri ni tapi menulislah dengan hati dan minat yang mendalam! Dan pembaca adalah seperti kawan sendiri walaupun tak kenal. Kepada penulis-penulis di luar sana, BERUSAHALAH! Hahahaha (terus ketawa tanpa henti)

Ikuti Facebook Liyana Zahim




Hakcipta iluminasi.com (2017)