Oleh pada 20 Oct 2018 kategori

Kredit foto: Instagram Santesh

Penyanyi yang popular dengan lagu Amalina, Santesh bakal tampil dengan single berbahasa Melayu keduanya yang berjudul Mymuna.

Selepas Amalina yang mengetengahkan genre pop balada, Mymuna pula bakal menyajikan kelainan dengan gubahan muzik berkonsepkan dangdut.

Ia berikutan genre itu dilihat Santesh cukup dekat dengan rentak muzik lagu-lagu Hindi yang diminati beliau secara peribadi.

“Kalau Amalina adalah genre pop balada, Mymuna pula berentak dangdut.

“Kalau diamati, rentak dangdut memang ada persamaan dengan lagu Hindi,” katanya.

Tambahan pula beliau juga merupakan penggemar muzik raja dangdut Malaysia, Iwan yang pernah menempa populariti hebat suatu ketika dahulu.

Mymuna yang merupakan kesinambungan kepada penceritaan dalam lagu Amalina, masih mengekalkan komposer Harry Khalifah selaku pencipta lagu.

"Saya yakin mampu membawakan lagu ciptaan Harry Khalifah itu dengan baik," katanya. 

Dalam perkembangan lain, Santesh kini dalam perancangan untuk menghasilkan Amalina dalam versi Bahasa Mandarin pula.

“Saya tidak boleh membaca tulisan Cina, tapi jika ditulis mengikut ejaan, rasanya saya boleh,” ujarnya positif.

Terdahulu, Santesh atau nama penuhnya, Shanthesh Kumar yang bernaung di bawah syarikat rakaman Padu Records dan MVM Music meluaskan rangkaian pengikutnya di kalangan pendengar berbangsa melayu menerusi pencapaian single Amalina yang menduduki kedudukan pertama carta trending Youtube Malaysia.

lirik mymuna santesh 2

Kredit foto: Instagram Santesh

              

LIRIK MYMUNA - SANTESH

                 

Mymuna Mymuna

Buah hatiku cantik menawan

Mymuna Mymuna

Manis paras rupamu ayu jelita

                

Mymuna Mymuna

Wajahmu selalu aku terbayang

Mymuna Mymuna

Yang selalu ku rindu

Di saat ku jauh

                  

Siang aku terbayang

Malam terkenang-kenang

Engkau yang aku sayang

Membuat hatiku tenang 

       

Semenjak kau hadir di hidup ini

Kaulah bidadari yang menghibur hati 

Gelak tangismu bagai irama murni 

Tanpamu hidup sehari sungguh sunyi 

           

Mymuna Mymuna anak Amalina

Mymuna Mymuna buah hati kita 

           

Mymuna Mymuna

Kelak bila kau telah dewasa 

Mymuna Mymuna

Pelilhara cinta hingga ke hujung nyawa 

          

Sebesar kasihku 

Kepada dirimu 

Jagalah imanmu 

Jagalah hatiku 

             

Mymuna Mymuna Mymuna 

Oh Mymuna

             

Kredit:

1. Harian Metro

2. Astro Gempak

3. Youtube Datu Entertainment 




Hakcipta iluminasi.com (2017)