Oleh pada 09 Dec 2018 kategori

Kredit foto: Instagram @fattahaminz & Instagram @isteriuntukdisewa

Single terbaru Fattah Amin, Isterimewa, yang mana video muziknya dilancarkan di laman Youtube sejak 29 Oct 2018 lalu, sehingga kini telahpun berjaya mencatatkan lebih 300,000 tontonan!

Menerusi Instagram, Fattah meluahkan ucapan penghargaan atas sokongan para pendengar terhadap lagu ciptaan Mel Imran yang juga ditujukan buat para peminat istimewanya itu.

lirik lagu isterimewa fattah amin 2 758

Kredit foto: Instagram @fattahaminz

"Terima kasih di atas sokongan peminat-peminat saya yang sentiasa ada di hati saya. Anda semua terlalu istimewa bagi saya. Terimalah," tulisnya. 

Isterimewa yang dipilih menjadi lagu tema drama bersiri terbaru, Isteri Bukan Untuk Disewa, berkisar luahan seorang lelaki yang berhajat memperisterikan seorang wanita yang dianggap istimewa dalam hidupnya.

"Lagu ini mengisahkan luahan ikhlas isi hati seorang lelaki yang ingin menjadikan wanita istimewa dalam hidupnya sebagai isteri," katanya.

Dalam perkembangan lain, drama Isteri Bukan Untuk Disewa yang juga dibintangi Fattah selaku teraju utama bersama Tiz Zaqyah, masih lagi ditayangkan di saluran Astro Ria menerusi slot MegaDrama.

Antara lain dibintangi Halim Radzi, Lia Natalia, Zaki Azeman, Zaki Azeman dan Harris Annuar.

Lirik Lagu Isterimewa

          

Lagu: Mel Ramlan

Lirik: Mel Ramlan

Penyanyi: Fattah Amin

          

Pilihlah aku

Pilihlah aku

Jadi kekasihmu

Akan ku beri

Sepenuh kasih ku hanya kepada mu

Tiada yang lain

Yang ku mahu hanya kamu

Kau wanita misteri pujaan lelaki

            

Engkau yang selalu

Yang hadir dalam mimpiku

Saat bila aku rindu

Lihat wajah mu selalu

Akulah lelaki

Yang terbaik untuk kamu

Tak kan ku persiakan mu

Bila kau jadi isteri ku

            

Izinkan aku

Izinkan aku

Temani hidup mu

Akan ku beri sepenuh jiwa ku hanya kepada mu

Tiada yang lain

Yang ku mahu hanya kamu

Kau wanita misteri pujaan lelaki

            

Kau pemilik separuh jiwaku

Yang ku cinta selalu..

         

Ohh Pujaan Hati..

Bila kau jadi milik ku

Yang Teristimewa..

Bila kau jadi isteri ku..




Hakcipta iluminasi.com (2017)