Oleh pada 10 Jan 2019 kategori

          

Lirik

Lagu: Rintik Hujan

Penyanyi: Akma Abdullah

Komposer: Kautsar

Lirik: Kautsar

        

Rintik hujan jatuh di halaman

Seperti mengerti kesedihan ini

Ku biarkan saja ia membasahi pipi

Seakan turut bersama menangisi

            

Takdir ini sukar untuk difahami

Takdir ini melukai hati

Walau beratnya menduga

Menguji hebatnya ketulusan cinta

            

Tiada lagi sinar matahari

Dapat mengeringkan air mata ini

Ku hanya mampu berserah kepadamu Tuhan

Agar memberikan aku kekuatan

           

Pasti akan ku nanti  

Hingga rintik hujan reda

         

lirik lagu rintik hujan akma 2

            

Biodata Akma Abdullah

1. Dilahirkan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).

2. Anak keempat daripada enam adik-beradik.

3. Pernah mengikuti pengajian Diploma Seni Muzik, Seni Persembahan (berhenti setakat satu semester) dan kini, Pengajian Jarak Jauh jurusan Industri Kreatif dan Pengurusan di Universiti Utara Malaysia (UUM).

4. Bakatnya dikesan menerusi program realiti nyanyian popular, Akademi Fantasia musim ketiga (AF3).

5. Mula serius menceburkan diri dalam dunia seni sejak tahun 2005.

6. Beberapa single yang pernah dihasilkannya ialah Percaya Pada Cinta, Tetap Menanti, Pergilah, Umbang Ambing, Hanya Aku Yang Tahu, Pesona dan terkini, Rintik Hujan yang juga lagu runut bunyi drama Pujaan Hati Kanda, siaran TV3.

7. Mendirikan rumah tangga pada tahun 2010.

8. Sehingga kini beroleh dua orang cahaya mata.

9. Mengakui pernah menghilangkan diri daripada radar dunia hiburan kerana memberi tumpuan kepada aspek pendidikan dan rumah tangga.

10. Akma kini lebih dikenali sebagai seorang pengacara.

             

Kredit:

1. BH Online [1, 2]

2. Kosmo

3. Instagram Akma Abdullah

4. Instagram Pujaan Hati Kanda




Hakcipta iluminasi.com (2017)