Oleh pada 18 Oct 2018 kategori

lirik lagu ragaman faizal tahir 1

Kredit foto: Instagram Faizal Tahir

                  

Penyanyi, komposer dan penerbit terkenal, Faizal Tahir kini muncul dengan single terbaru berjudul Ragaman.

Menariknya, karya kali ini mengetengahkan gabungan elemen muzik reggae dan pop yeh yeh, yang dalam masa sama masih kedengaran moden.

Menurut Faizal, kelainan dalam buah tangan terbaru ini dilaksanakan seiring dengan kematangan usianya yang sudahpun mencapai angka 40.

Liriknya pula berlatarkan kisah ragam kehidupan berumah tangga yakni telatah si suami yang tegar melayan kerenah isterinya.

Penceritaan disampaikan dalam tema komedi, dengan penggunaan senikata yang santai, diserikan dengan gaya vokal yang memenuhi 'mood' lagu.

Ia secara tidak langsung membuatkan Ragaman bersifat mesra untuk didekati jiwa majoriti para pendengar.

Penyanyi yang sebelum ini terkenal dengan lagu ciptaan yang membawa tema lebih berat itu, mendedahkan mengambil masa tiga ke empat bulan untuk menyiapkan lagu berkenaan, sekaligus menjadikan ia sebagai single paling cepat dihasilkannya.

Ragaman merupakan hasil ciptaan Faizal, Mike Chan dan Romeo, manakala senikata juga oleh Faizal dengan bantuan Mike Chan, Karim Karam dan Jaare. Terbitan Faithful Musik Sdn Bhd, manakala edaran pula oleh Warner Music.

Berikut kami kongsikan liriknya:

lirik lagu ragaman faizal tahir 2

Kredit foto: Instagram Faizal Tahir

                   

Hari Isnin kau berkata nak makan lasagna

Dah sampai kedai nak tomyam pula

Oh My God

               

Petang Rabu nak cendol pula

Biar betik

Nasib kau baik mood aku baik

               

Bulan puasa baru nak mula

Dah minta langsir macam nak raya

Ragamanmu hanya aku yang tahu

                 

Hanya kita berdua kekal sampai tua

Bagai bulan di pagar bintang

Tetapkan bersama

               

Hanya kita berdua kekal bahagia

Walau gila dibuatnya

Aku sayang padanya

                

Dah berkali-kali kau buat lagi

Tolong! Tolong!

Hanya kita berdua

             

Makan malam sudah dihidang

Kau masih melaram

Time tengok bola, kau ajak keluar

              

Ya Allah...

Masuk kereta, baru gear dua

Kau nak balik

Nasiblah baik muka kau cantik

Rujukan:

1. Utusan

2. Harian Metro

3. Astro Gempak



Hakcipta iluminasi.com (2017)