Oleh pada 30 Jun 2019 kategori

Kredit foto: Instagram @ezadlazim

     

Lirik

Lagu: Lima Aksara

Penyanyi: Ezad Lazim & Zamani

Komposer: Mulah

Lirik: Fedtri Yahya

     

Terhenti lagi dengan air mata

Segala rasa musnah dalam resah

Mencari apa yang tertinggal

Mencari apa yang terkurang

Mungkinkah kesilapan mengejarku tanpa jemu

     

Malam dan siang pantas bergantian

Aku di sini masih kehampaan

    

Aksara itu mengikatku

Aksara Itu mengunciku

Dan terus membawaku mengenali cinta agung

     

Dialah

Dialah bait yang terindah

Sebuah cinta yang bermakna

Irama kasih yang bernyawa

Irama hati selamanya

    

Andainya aku hilang jiwa

Dialah nafas menghidupkan

Lima aksara yang menggetar kalbuku

     

Kredit video: Youtube Broadway NuMusic

    

Info

  • Single 'Lima Aksara' merupakan projek kerjasama tiga buah syarikat iaitu EZ Ventures, Broadway NuMusic dan ZIME Production.
  • Awalnya merupakan lagu solo Ezad, sebelum dia bertukar fikiran menjemput rakannya, Zamani dan Amy Search turut serta. Bagaimanapun penampilan bersama Amy tidak menjadi kenyataan kerana faktor kesuntukan masa.
  • Ezad mengakui sudah lama memasang impian bekerjasama bersama Zamani, namun terbantut dek tuntutan kontrak rakaman.
  • Menurut Fedtri selaku penulis lirik, 'Aksara' membawa makna huruf, manakala penceritaan senikatanya tentang definisi cinta yang terlalu luas. Namun Ezad lebih selesa melihat karya itu sebagai kecintaan kepada Allah serta keinsafan, meskipun memulangkan kepada setiap individu untuk membuat tafsiran sendiri.
  • Pesona rakaman lagu ini lebih terasa impaknya dengan iringan petikan gitar daripada Shah Slam.

     

lirik lagu lima aksara ezad lazim zamani 2

Kredit foto: Instagram @ezadlazim

     

Sumber:

1. Harian Metro

2. Youtube Broadway NuMusic




Hakcipta iluminasi.com (2017)