Oleh pada 18 Nov 2018 kategori

Kredit foto: Instagram Aliff Syukri

Jutawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman hari ini terbit dengan lagu terbaru berentak rancak ciptaan Edry Abdul Halim berjudul Biar Apa Orang Kata.

Terdahulu, umum mengetahui kontroversi yang melanda karya Bobo Dimana, nyanyian beliau bersama Nur Sajat dan penyanyi dangdut Indonesia, Lucinta Luna.

Aliff menerusi Instagramnya berkata, rakaman lagu baharu ini telahpun dibuat terlebih awal, namun penerbitannya ditangguhkan demi memberi laluan untuk sesi latihan vokal.

"Sebenarnya saya gementar hendak kongsikan. Lagu ini saya dah rakam tiga bulan lebih awal daripada Bobo Dimana," tulis Aliff dalam entri laman sosialnya. 

Menurut beliau, Edry yang kini sibuk menjalani kehidupan di Eropah mengakui dirinya mempunyai kualiti vokal yang baik, namun perlu diasah menerusi beberapa sesi latihan.

lirik lagu biar apa orang kata aliff syukri 2

Kredit foto: Instagram Aliff Syukri

"Semasa kali pertama persetujuan kerjasama kami, saya rasa macam nak ke Eropah jumpa Edry. Sebab dia sudah tak menetap di Malaysia.

"Dia memang sangat sibuk. Dialah guru vokal saya. Dia beritahu saya ada tone yang sedap tapi perlu banyak berlatih," katanya.

Mengambil nasihat itu, pengasas produk D'Herbs ini nekad mendahulukan proses rakaman Bobo Dimana yang berlangsung di Indonesia.

"Jadi saya tangguhkan dahulu lagu ini dan hasilkan lagu Bobo Dimana di Indonesia kerana ingin berlatih vokal," katanya.

Apa yang menarik perhatian, senikata Biar Apa Orang Kata dikatakannya mempunyai mesej murni yang ingin disampaikan berkaitan isu keyakinan diri.

"Untuk makluman lagu ini untuk mereka yang selalu rasa rendah diri dan boleh memberi anda semangat untuk berkeyakinan, tidak kisah sama ada untuk lelaki mahupun perempuan," katanya.

Apa reaksi anda untuk single kali ini? Menarik atau tidak?

lirik lagu biar apa orang kata aliff syukri 3

Kredit foto: Instagram Aliff Syukri 

         

LIRIK BIAR APA ORANG KATA - ALIFF SYUKRI

            

Hey kau lihat sini 

Ramai sedang memerhati 

Rupa menawan bergaya 

Hingga semua tergila 

          

Biar apa orang kata 

Kamu cantik uuu cantik 

Lebih ranggi dari bintang TV 

             

Siapa berjiwa teruna 

Dialah laki-laki seksi

Tak kira janda atau dara

Dialah gadis-gadis seksi 

            

Mana sahaja kau pergi 

Banyak dah hati tercuri 

Teman sekeliling pinggang

Satu panggil sepuluh datang 

            

Biar apa orang kata

Kamu elok uuu elok 

Lebih macho dari bintang hero 

            

Siapa rasa dia seksi ikut saya 

Hey ladies.. yeah

Siapa seksi.. saya

Siapa seksi dia menari 

Seksi dia menari

             

Hey guys.. yaa 

Siapa seksi.. aku 

Siapa seksi dia menyanyi

Seksi dia menyanyi

All right

            

You look so so hot

Wow tergoda




Hakcipta iluminasi.com (2017)