Oleh pada 16 Jan 2018 kategori

Sumber foto: bicaramentari.blogspot.com

13 hotel di beberapa negeri telah di kesan oleh Kementerian Sumber Manusia yang mana telah mengamalkan polisi larangan bertudung semasa bekerja. Perkara ini bertentangan dengan Perkara 8 (2) Perlembagaan Persekutuan yang melarang sebarang bentuk diskriminasi berasaskan agama dan keturunan.

Pindaan undang-undang melibatkan pengenalan peruntukan baru di bawah Akta Kerja 1955 akan disegerakan bagi menangani larangan diskriminasi di tempat kerja, kata Datuk Seri Richard Riot Jaem, Menteri Sumber Manusia di Kuala Lumpur baru- baru ini.

Beliau juga memberitahu Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia(JKTSM) turut mengadakan perbincangan dengan hotel terlibat. Hasil daripada pembincangan mereka bersetuju secara dasar bagi membatalkan polisi tersebut. Perakuan secara lisan dan bertulis telah di keluarkan dari empat pengusaha hotel yang terlibat.

“Hasil siasatan yang dilakukan kementerian ke atas 74 buah hotel bertaraf empat dan lima bintang di Pahang (33), Selangor (14), Johor (15), Kuala Lumpur (enam) dan Putrajaya (enam) bermula November lalu mendapati 13 daripadanya mengamalkan polisi larangan bertudung semasa bekerja.

“Kementerian ingin mengulangi gesaan kepada majikan supaya menghormati hak-hak para pekerja seperti termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan pada masa sama draf cadangan pindaan undang-undang tersebut akan diperhalusi segera bersama beberapa agensi lain,” katanya lagi.

November lalu, Isu pekerja hotel dilarang memakai tudung menjadi perhatian ramai setelah mendapat liputan meluas Utusan Malaysia. Susulan itu, JTKSM menjalankan siasatan ke beberapa hotel terkemuka di negara ini.

Ramai kakitangan hotel membuat aduan kepada Majlis Rangkaian Kesatuan Sekerja Antarabangsa Malaysia (Uni-MLC) mengenai diskriminasi terhadap pekerja wanita Islam di bahagian kaunter yang diarahkan menanggalkan tudung. Ekoran itu, pendedahan telah di buat oleh Uni-MLC menyebabkan isu ini berbangkit.

Selain tindakan pemeriksaan dijalankan, kementerian juga telah mengumpulkan pelbagai pihak bagi mengadakan pembincangan. Antara yang terlibat termasuk Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Majlis Perhubungan Rangkaian Kesatuan Sekerja Antarabangsa Malaysia (UNI-MLC) dan beberapa pihak lagi, jelas Richard Riot.

Perbicangan itu berkaitkan hal polisi larangan pekerja bertudung, mengambil pandangan agensi lain dalam isu tersebut dan mengenai usul memperkenalkan peruntukan baharu berhubung isu larangan diskriminasi di bawah Akta Kerja 1955 kata Menteri Sumber Manusia itu.

“Susulan daripada mesyuarat tersebut juga, JTKSM telah mengeluarkan surat kepada dua persatuan dan 10 kesatuan sektor perhotelan pada 18 Disember lalu untuk mendapatkan pandangan bertulis berhubung isu polisi larangan bertudung.

“JTKSM telah menerima maklum balas Persatuan Pengusaha Hotel Malaysia (MAH) yang menyatakan polisi larangan pakaian tudung adalah terpulang kepada pengurusan hotel dan kenyataan itu bertepatan dengan tindakan yang sedang dilaksanakan melalui Pemeriksaan Berkanun ke tempat pekerjaan sektor perhotelan secara berterusan bagi tujuan pemantauan lanjut berhubung perkara ini,” ujarnya.

Sumber berita: Utusan Online




Hakcipta iluminasi.com (2017)