Oleh pada 01 Apr 2017 kategori

Kredit foto: Rotikaya

Beberapa foto yang memaparkan sebuah hotel disita menjadi tular di internet apabila perniagaan hotel tersebut dikatakan milik penyanyi Mila Jirin. 

hotel mila jirin disita 2

Kredit foto: Mstar 

Hotel yang terletak di Puchong, Selangor itu mempunyai nama mirip beberapa perniagaan yang dijalankan Mila.

Bagaimanapun, Mila dalam sebuah kenyataannya menafikan dakwaan tersebut.

Menurut Mila, kekeliruan itu tercetus kerana nama perniagaan yang hampir sama kerana hotel tersebut terletak berdekatan dengan perniagaan restoran beliau.

Itu bukan hotel saya. Ia kepunyaan seorang ahli perniagaan yang beroperasi di kawasan sama dengan restoran saya. Ia mungkin menggunakan nama yang hampir sama dengan perniagaan saya iaitu ‘Bizz’ kerana kawasan perniagaan tersebut juga bernama Bizz Hub. Buat masa ini bisnes saya ialah Restoran Embun Urai Thai Seefood, Bizmila Trading yang memasarkan baju kurung, Bizmilla NZ Beauty dan Bizmilla Catering yang merupakan perniagaan utama kami dalam hal menguruskan perkahwinan. Alhamdulillah sudah empat tahun beroperasi dan kini memiliki lima buah dewan sendiri bawah nama Bizmilla Catering. 

Sumber: Mstar 




Hakcipta iluminasi.com (2017)