lama menghilang ini kisah terkini farah breep breep 1

Kredit foto: Instagram Farah

Farah Diana Anuar yang dikesan bakatnya menerusi rancangan realiti Akademi Fantasia (AF) musim kedua, selepas sekian lama 'menghilang', bakal hadir dengan single terbaru tidak lama lagi.

Menurut penyanyi yang juga pengacara itu, single berkenaan akan meleraikan segala persoalan peminat selepas beliau mengambil keputusan mendiamkan diri daripada dunia nyanyian sebelum ini.

Menariknya, buah tangan baharu pelantun Tangisan Dalam Kerinduan ini mendapat sentuhan salah seorang 'junior'nya di AF.

lama menghilang ini kisah terkini farah breep breep 2

Kredit foto: Instagram Farah

“Alhamdulillah, saya sudah ada satu lagu yang dihasilkan oleh salah seorang 'junior' AF dan ketika ini saya sedang berlatih dengan demo lagu dihasilkanya," dedahnya kepada Harian Metro.

Farah, 33, bagaimanapun, enggan mendedahkan identiti komposer yang dimaksudkan kerana bimbang apa yang dirancang tidak akan menjadi.

“Siapa dia, saya tidak boleh lagi cerita buat masa ini kerana kebiasaanya kalau saya bercerita perkara itu tidak menjadi dan kali ini saya mengambil langkah selamat," katanya.

Mengulas lanjut, kata Farah lagi, lagu itu bergenrekan muzik pop dan balada, selari dengan perkembangan muzik dan citarasa pendengar hari ini.

“Jujurnya, buat masa sekarang saya tidak boleh berikan kata putus bila lagu ini akan dirakam atau dilancarkan kerana komposer berkenaan agak sibuk.

“Oleh itu kita akan tunggu waktu yang sesuai dan jika tiada halangan kita akan keluarkan single ini selepas Hari Raya bergantung kepada keadaan," katanya.

Dalam perkembangan lain, Farah memberikan fokus sepenuhnya dalam bidang pengacaraan, namun masih tidak keberatan menjayakan undangan nyanyian sekiranya ada masa terluang.

“Saya cuba hasilkan satu single baru untuk 'test market' dan sekiranya diterima baik oleh semua, saya akan teruskan," katanya.


tags : , , , , , , , , ,




Hakcipta iluminasi.com (2017)