hh

Kredit foto: Instagram @farahsyazwanii_ , Facebook Asyraf Arrif

       

Siapa Farah Wen? Namanya sering meniti di bibir pengguna Tiktok; seorang usahawan dengan video yang sentiasa mencatat jutaan tontonan.

       

Biodata

Nama komersial: Farah Wen, Farah Syazwani, Farah MJ

Umur: 30 tahun (2024)

Asal: Kota Bharu, Kelatan

Pekerjaan: Ahli Perniagaan, Pempengaruh Media Sosial

Instagram (IG): @farahhwen

Tiktok: @farahwen

       

Latar Belakang

Farah Wen, seorang usahawan berjaya dalam bidang eksport dan import serta personaliti media sosial yang cukup berpengaruh. Dia mempunyai lebih daripada 515,000 pengikut di TikTok dan 314,000 pengikut di Instagram (IG).

        

siapa farah wen

        

Membina kehidupan yang mewah bersama suami tersayang sejak enam tahun lalu, mereka kini bahagia sebagai ibu bapa kepada dua orang anak, Rafael Ali Nik Ashraf, iaitu anak sulung lelaki berusia enam tahun dan anak perempuan yang berusia sekitar empat tahun.

       

farah wen didakwa anak tan sri syed azman weststar

       

Di sebalik kejayaannya, Farah Wen terkenal dengan kebaikannya, terutama dalam memperlakukan pembantu rumahnya dengan penuh hormat dan kasih sayang seperti keluarga sendiri.

       

Fakta Menarik

1. Pada Februari 2022, Farah mengejutkan ramai apabila dia berkongsi momen percutian mewah bersama keluarganya ke sebuah pulau persendirian berhampiran Pangkor. Mereka menaiki helikopter dari Kuala Lumpur sebagai kejutan hari lahir buat anak lelakinya yang ketika itu baru berusia empat tahun. Percutian itu, yang melibatkan kos sekitar RM300,000, dipenuhi dengan aktiviti menarik termasuk parti hari jadi, jamuan makan, barbeku dan pengalaman menaiki kapal layar mewah selama empat hari tiga malam.

2. April 2022 menyaksikan sisi kemuliaan hati Farah apabila dia 'membeli jiwa' tiga pembantu rumahnya yang tidak dapat pulang ke kampung halaman untuk berhari raya. Dia membawa mereka menginap di hotel mewah, menyediakan bilik VIP khas untuk berbuka puasa dan memberi bonus raya sebanyak RM5,000 seorang.

3. Pada September 2022, Farah terus menarik perhatian apabila dia menghantar anak lelakinya ke sebuah sekolah antarabangsa di ibu kota sambil membayangkan bahawa yuran sekolah anaknya mencecah RM1.3 juta.

4. Kemurahan hatinya untuk berbelanja demi kebahagiaan pembantu rumahnya sekali lagi terbukti pada April 2023 apabila dia berkongsi video TikTok yang menunjukkan dia memberikan sampul raya berisi RM10,000 kepada setiap pembantu rumahnya. Lebih mengejutkan, mereka turut dibawa dengan helikopter ke sebuah pulau untuk percutian yang disertakan dengan suite peribadi untuk mereka.

5. Pada Julai 2023, Farah kembali memukau ramai apabila menghadiahkan guru kesayangan anaknya dengan rantai emas bernilai RM32,000 sebagai tanda penghargaan sempena majlis perpisahan di sekolah.

        

Foto

farah wen business

farah wen

farah wen anak siapa

farah wen net worth

farah syazwani

farah mj

farah syazwani mat jusoh

suami farah wen 145

farah wen husband

farah wen wikipedia

farah wen father

Kredit foto: Instagram Farah Wen , TikTok Farah Wen , Instagram @farahsyazwanii_ , Facebook Asyraf Arrif

        

Sumber:

1. TikTok Farah Wen

2. Instagram Farah Wen

3. Wow! Sanggup berhabis RM300,000 meriahkan birthday anak usia 4 tahun, teruja lihat ucapan khas di pantai pulau persendirian dari helikopter

        




Hakcipta iluminasi.com (2017)