Kredit: Instagram @mona.allen & @iqramdinzlycious
Susulan video tular aksi dua pelakon iaitu Mona Allen dan Iqram Dinzly berselisih faham di set penggambaran drama adaptasi Hati Yang Dikhianati, Mona Allen memberitahu, segala teguran yang sudah diberikan kepada pelakon kontroversi itu terlebih dahulu menemui jalan buntu.
"Saya menyangkakan dia bukan lagi seorang psiko, tetapi ternyata dia sememangnya sebegitu. Banyak adegan yang memerlukannya mencekik saya dan setiap kali itu jugalah, pasti rasa sakit.
"Sudah diberitahu secara elok, namun tidak didengarinya. Soal 'berlagak diva', sesiapa yang mengenali saya mengetahui saya bukanlah seperti itu.
"Saya paling tidak gemar untuk bergaduh dengan sesiapa, tetapi insiden ini keterlaluan," luahnya.
Berhubung dakwaan ianya marketing untuk drama yang hampir menamatkan siarannya itu, beliau yang enggan mengulas lanjut hanya berharap tiada pihak yang menyokong rakan seperjuangannya itu atas alasan penjiwaan watak.
"Sama ada ia kejadian sebenar atau tidak, anda nilaikan sendiri. Untuk yang merasakan perbuatannya itu betul untuk menghidupkan karakter, lakonan bukan seperti dunia sebenar.
"Terdapat teknik yang perlu dipelajari setiap pelakon supaya sesuatu adegan itu kelihatan menjadi. Saya tidak boleh memahami mentaliti segelintir masyarakat yang berfikiran sebaliknya," jelasnya.
Dalam pada itu, menerusi sebuah video, Iqram Dinzly dilihat menitiskan air mata dan memberi bayangan seolah-olah mahu menamatkan riwayat hidup gara-gara cacian diterimanya.
Komen Pilihan
"Lebih baik jika seluruh warga produksi selesaikan isu ini secara peribadi dan matang.
"Jangan pentingkan diri dan terlalu kasihan pada diri sendiri," komen seorang netizen.
Sumber: Instagram Mona Allen & Iqram Dinzly