Oleh pada 17 May 2019 kategori

Kredit foto: BH Online

       

Keadaan kepala penyanyi Aliff Aziz sewaktu menghadiri prosiding perceraian dengan Bella Astillah di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan semalam tular di media sosial gara-gara mempunyai kesan merah.

Ia mendapat perhatian netizen yang memberikan komen negatif meskipun tidak mengetahui situasi sebenar.

Sehingga ada yang  membuat spekulasi kononnya kulit kepala Aliff berkudis kerana penyakit kulit.

Aliff, 28, yang dihubungi Harian Metro bagaimanapun menjelaskan dirinya kini sedang dalam proses menanam rambut.

        

bukan kudis tapi kesan merah di kepala aliff aziz akhirnya terjawab 2

Kredit foto: Instagram @aliffaziz91

        

“Ini bukan sakit atau seumpamanya, tapi saya menjalani proses tanam rambut.

“Memandangkan sebelum ini saya ada masalah rambut, jadi saya baru saja buat. Jangan risau saya tak ada apa-apa. Semuanya okay,” jelasnya.

Terdahulu, kemelut perkahwinan Aliff dan Bella menemui titik noktah apabila mereka sah bercerai dengan talak satu susulan permohonan cerai dibuat Bella mengikut Seksyen 47 Akta Undang-Undang Keluarga Islam 1984.

Pasangan itu berkahwin pada 9 September 2016 dengan sehingga kini dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Mohamad Ayden Adrean berusia 2 tahun.

      

Info perkahwinan Aliff Aziz-Bella Astilah

  • Terlebih dahulu bertunang pada Disember 2015.
  • Majlis berinai berlangsung menerusi tema Bollywood pada malam sebelum akad nikah diadakan.
  • Acara akad nikah dilangsungkan dalam majlis tertutup di Bukit Jelutong, Shah Alam, Selangor pada 9 Disember 2016.
  • Dihadiri 200 orang tetamu daripada kalangan ahli keluarga kedua-dua pengantin.
  • Pengantin perempuan menerima mas kahwin sebanyak RM333 disertai tujuh dulang hantaran, berbalas sembilan.
  • Atas persetujuan kedua-dua pihak, jumlah wang hantaran dirahsiakan daripada umum.
  • Majlis resepsi diadakan pada sebelah malamnya di Top Grove, Shah Alam, diserikan kehadiran rakan selebriti seperti Mira Filzah, Aizat, Niena Baharun, Imran Ajmain dan One Nation Emcee.

        

Sumber:

1. Harian Metro

2. Mstar

3. BH Online




Hakcipta iluminasi.com (2017)