Kredit foto: Instagram Aiman Tino

Lagu Hidup Dalam Mati nyanyian Syamel dan Ku Rela Dibenci oleh Aiman Tino menjadi antara 10 lagu melayu popular pilihan kaki karaoke di Red Box.

Senarai lagu tersebut diumumkan dalam Majlis Penghargaan Media Red Box di Red Box Plus Pavillion, Kuala Lumpur yang berlangsung baru-baru ini.

Aiman yang ditemui melahirkan kegembiraan atas berita tersebut.

lagu aiman tino syamel jadi pilihan kaki karaoke 2

Kredit foto: Instagram Aiman Tino

Terima kasih kepada peminat saya yang sudi menyanyikan lagu Ku Rela Di Benci dan hadiah yang saya terima pada malam ini adalah untuk anda semua.

Sumber: Astro Gempak

Manakala Syamel pula berasa teruja dan merakamkan penghargaan kepada para peminatnya yang memberikan sokongan kepada lagu yang pernah dilanda kontroversi itu.

lagu aiman tino syamel jadi pilihan kaki karaoke 3

Kredit foto: Instagram Syamel

Tidak dapat saya gambarkan perasaan ketika ini kerana lagu ini banyak ‘cerita’ dan ‘kenangannya’. Terima kasih kepada semua yang menyokong saya.

Sumber: Astro Gempak

Selain Ku Rela Dibenci dan Hidup Dalam Mati, lapan lagi lagu yang berada dalam senarai 10 lagu melayu popular sepanjang tahun 2016 adalah Potret (Akim & The Majistret), Sudah Ku Tahu (Projektor Band), Perawan Atau Janda (Cita Citata), Setia (Faizal Tahir & Elizabeth Tan), Hey! Kau (Sandra), Hancur Aku (Estranged & Fazura), Hang Pi Mana (Khalifah) dan Takkan Pergi (Hyper Act).

Majlis tersebut turut dihadiri barisan penyanyi tempatan dan kakitangan syarikat rakaman. 




Hakcipta iluminasi.com (2017)