Oleh pada 26 Sep 2017 kategori

Kredit foto: hiphopdx.com & elleuk.com

Susulan berita kehamilan bintang rancangan realiti TV terkenal Keeping Up With The Kardashians iaitu Kylie Jenner, bekas kekasihnya, Tyga tampil membuat pengakuan mengejutkan.

Menurut Tyga yang juga merupakan seorang rapper, anak yang dikandung Kylie bukanlah anak kekasih terbaru selebriti itu iaitu Travis Scott.

Tyga menerusi satu kiriman di aplikasi Snapchat mendakwa dialah ayah kandung sebenar bayi yang dihamilkan Kylie.

"Itu anak aku," tulisnya.

Kenyataan itu dimuat naik bersama foto berita kehamilan adik kepada selebriti Kim Kardashian itu.

Pun begitu, beberapa ketika kemudian Tyga bertindak memadam kiriman berkenaan.

Kesahihan berita itu masih menjadi tanda tanya, apatah lagi Kylie dan Travis terus mengunci mulut daripada memberikan sebarang kenyataan balas.

Sumber berita: The Sun




Hakcipta iluminasi.com (2017)