Oleh pada 24 Sep 2017 kategori

Kredit foto: radaronline.com

Personaliti TV Kylie Jenner dilaporkan hamil anak sulung hasil hubungannya bersama penyanyi Travis Scott.

Malah adik kepada selebriti terkenal Kim Kardashian itu juga tidak segan mempamerkan 'baby bump' dalam perutnya menerusi aplikasi Snapchat.

Ternyata baju t-shirt labuh dengan saiz besar tidak mampu melindungi kandungan bayi yang jelas ketara.

kylie jenner hamil anak sulung 2

Kredit foto: hollywoodtake.com

Menerusi artikel dalam majalah People mendedahkan pasangan tersebut dijangka menerima kehadiran anak perempuan pada Februari tahun hadapan.

Berita kehamilan itu telahpun tersebar di kalangan keluarga dan teman rapat mereka sejak beberapa minggu lepas.

“Mereka mula memberitahu berita gembira itu kepada rakan-rakan beberapa minggu yang lalu.

"Malah, keluarga mereka juga sudah pun mengetahui tentang berita kehamilan itu. Pasangan itu juga begitu teruja dan tidak sabar untuk menimang cahaya mata.

"Mereke semua begitu gembira dan ini merupakan perkara paling terindah dalam hidupnya,” dedah sumber.




Hakcipta iluminasi.com (2017)