Oleh pada 22 Jun 2017 kategori

berperang di instagram bekas suami dedah rahsia mengejutkan zarina anjoulie 1

Kredit foto: azhan.co 

Hangat apabila aktres sensasi, Zarina Anjoulie dan bekas suaminya berperang di laman Instagram.

Kedua-dua mereka dilihat berbalas-balas kenyataan, malah mendedahkan aib sesama sendiri.

Bekas suami Zarina dalam sebuah muat naiknya membongkar rahsia sebenar aktres tersebut pada masa lampau. Gambar screenshot perbualan peribadi mereka turut disertakan sebagai bukti.

Malah, bekas suaminya yang berasal dari negara Brunei itu turut mendedahkan perangai buruk Zarina yang sering menghina keluarga beliau.  

berperang di instagram bekas suami dedah rahsia mengejutkan zarina anjoulie 2

Kredit foto: Instagram Butters666

Bagaimanapun Zarina tidak mengalah, lalu menepis pendedahan itu dengan menyatakan pekerjaan yang dilakukannya kini adalah daripada sumber yang halal. Malah dia sempat menyindir kembali bekas suaminya dengan mengatakan apa yang cuba didedahkan lelaki itu akhirnya telah terkena batang hidungnya sendiri.

berperang di instagram bekas suami dedah rahsia mengejutkan zarina anjoulie 3

Kredit foto: Instagram Zarina Anjoulie

Malah Zarina dengan bangganya turut mendedahkan kejayaan perniagaan yang diusahakannya kini. Dalam nada sinis dia menjemput bekas suami untuk menjadi stokis produk penjagaan wanitanya yang khabarnya sedang laris di Brunei. 

berperang di instagram bekas suami dedah rahsia mengejutkan zarina anjoulie 4

Kredit foto: Instagram Zarina Anjoulie 

Barangkali jalan terbaik untuk menyelesaikan isu ini adalah dengan menutup mulut masing-masing. Semakin banyak aib didedahkan, lebih banyak dendam dan bertambah maraklah api kemarahan. Semoga percakaran bekas pasangan suami isteri ini dapat dileraikan dengan segera. 


tags : , , , , , , , , , , , , ,



Hakcipta iluminasi.com (2017)