Oleh pada 30 Jul 2019 kategori

Kredit foto: Instagram @syafienaswip & Instagram @aishahazman8

    

Dua hari lalu, hangat diperkatakan isu seorang pelakon lelaki ditahan polis kerana didakwa mencederakan bekas tunangnya.

Suspek dikatakan mencekik dan menumbuk mulut mangsa hingga berdarah dalam kejadian pada 26 Jun lalu di Taman Puncak Jalil, Seri Kembangan.

Difahamkan, suspek naik angin selepas bekas tunangnyanay itu memintanya untuk tidak meneruskan hubungan songsang dengan seorang rakan sejenis.  

Susulan itu, rata-rata pihak mengandaikan aktor yang dimaksudkan ialah pelakon Syafie Naswip, 27, yang baru sahaja putus tunang dengan aktres Aishah Azman, 23.

     

ini respon syafie naswip dakwaan kasari bekas tunang 2

Kredit foto: Instagram @syafienaswip

     

Terkini, dalam percubaan portal MHE TV untuk mendapatkan respon Syafie berhubung dakwaan terbabit, akhirnya berbalas dengan sebuah kenyataan ringkas yang mencetuskan tanda tanya.

Kata Syafie, “Lebih baik jika merujuk hal ini kepada pengurus saya. Baik, insya-Allah mudah-mudahan Allah setuju".

Sewaktu ditanya apa yang dimaksudkan dengan kata-kata tersebut, pelakon itu hanya membisu daripada sebarang jawapan.

     

ini respon syafie naswip dakwaan kasari bekas tunang 3

ini respon syafie naswip dakwaan kasari bekas tunang 4

ini respon syafie naswip dakwaan kasari bekas tunang 5

ini respon syafie naswip dakwaan kasari bekas tunang 6

ini respon syafie naswip dakwaan kasari bekas tunang 7

Kredit foto: Instagram @syafienaswip

    

Terdahulu, pelakon filem Mukhsin itu mengikat tali pertunangan dengan Aishah Azman pada 7 April lalu sebelum ikatan mereka terlerai pada 21 Julai.

Dalam perkembangan lain, dia bakal muncul menerusi telefilem Demi Tuhan Aku Bersaksi yang memaparkannya melakonkan dua personaliti berbeza.

Karya yang mengangkat kisah golongan LGBT (lesbian, gay, transgender, biseksual) itu diinspirasikan daripada kisah benar yang berlaku di pusat pengajian.

    

Sumber berita: MHE TV

    




Hakcipta iluminasi.com (2017)