kritikan negatif ramli ms giliran lan kristal bersuara

Kredit foto: Mstar & says.com

Dikritik juri tetap Gegar Vaganza 4 (GV4), Datuk Ramli MS (Tok Ram) selepas persembahan duetnya bersama Siti Nordiana, penyanyi Lan Kristal, 32, akui tidak berkecil hati.

Lan atau nama penuhnya, Mohd Razlan Mohamed Yusof berkata, dia mengambil teguran itu daripada sudut positif untuk membaiki kualiti persembahannya pada masa akan datang.

“Seperti yang semua orang tahu cara Tok Ram bergurau itu memang ‘unlimited’ dan kami juga sudah seperti keluarga.

“Boleh dikatakan saya ini ibarat anak murid Tok Ram, teguran memang akan sentiasa ada.

“Bagi saya juri memang ada hak untuk menilai persembahan setiap peserta dan saya ambil teguran itu dengan hati yang terbuka.

“Tidak ada rasa kecil hati dengan Tok Ram, itu benda bagus. Kalau tak boleh terima teguran bagaimana mahu perbaiki persembahan seterusnya,” katanya yang dipetik daripada portal Astro Gempak.

Menyentuh komitmen yang diberikan Siti Nordiana, Lan merakamkan ucapan terima kasih kerana rakan duetnya itu telah memberikan persembahan terbaik.

Malah beliau terharu kerana Nana sanggup menolak tawaran persembahan lain demi menyokong perjuangannya dalam pertandingan itu.

“Saya nampak kesungguhan Nana sejak awal pembabitannya dengan konsert keempat ini dan terharu kerana dia sanggup tolak tawaran ‘show’ semata-mata untuk membantu saya.

“Saya juga tahu dia memang telah memberikan persembahan terbaik pada malam tersebut.

“Dari segi keserasian kami tidak mempunyai masalah cuma daripada segi lagu mungkin ‘range’ itu agak rendah untuk Nana dan Tok Ram jugalah yang banyak membantu kami,” katanya.

Konsert keempat GV4 Ahad lalu menyaksikan gandingan Lan dan Siti Nordiana menyampaikan lagu duet Naluri Cinta, nyanyian asal Datuk Rohana Jalil dan To’ki.

Konsert GV4 bersiaran setiap hari Ahad, jam 9 malam di saluran Astro Ria.

Sumber berita: Astro Gempak

tags : , , , , , , , , , , ,



Hakcipta iluminasi.com (2017)