ini komen ramli ms tentang konsert pertama gegar vaganza 4

Kredit foto: Astro Gempak

Juri Gegar Vaganza musim keempat (GV4), Datuk Ramli MS gembira dengan kualiti persembahan peserta program itu musim ini.

Malah dia tidak mempunyai sebarang komen dan hanya menantikan bentuk persembahan di minggu kedua nanti.

"Saya gembira dengan persembahan 12 peserta dan mereka benar-benar layak dan sesuai dengan kualiti serta tahap pengalaman masing-masing.

"Tak ada banyak nak komen, semuanya bagus dan kita lihat pula persembahan mereka minggu depan," katanya memetik laporan portal Mstar Online.

Ramli membuat kenyataan tersebut di majlis sidang media Konsert GV4 minggu pertama yang berlangsung di Dewan Sri Putra, Bukit Jalil pada malam Ahad.

Konsert sulung itu menampilkan persembahan Hazami mendendangkan lagu Mungkir Bahagia, Tia Jinbara (Farhana), Lan Kristal (Seragam Hitam), Aqasha (Embun), Firman (kehilangan) dan Ferhad (Kasih berubah).

Tidak ketinggalan, Liza Hanim (Siapa sangka Siapa Menduga), Elyana (Tak Tercapai Akalmu), Syura (Nazam berkasih), Azura (Hati Terkunci), Haida (Zapin Usik Mengusik) dan Aishah (Janji Manismu).

Tugasan konsert menuntut peserta menyanyikan semula lagu popular sendiri.

Dalam pada itu, juri tetap Indonesia iaitu Hetty Koes Endang juga berasa kagum dengan kredibiliti dan bakat penyanyi yang bersaing.

"Sebelum bersetuju menjadi juri tetap, saya bertanya dahulu kepada pengurus saya siapakah peserta. Bila diberitahu saya terus bersetuju dengan tawaran tersebut.

"Hari ini, konsert pertama saya kagum dengan program ini yang ternyata menampilkan peserta yang berkualiti dan hebat.

"Kami sebagai juri tak pilih kasih tetapi harus diingatkan cabaran selepas ini lebih besar," katanya.

Prof. Datuk Redzuwan Ismail atau Chef Wan dilantik sebagai juri undangan manakala pasangan Nabil Ahmad dan Jihan Muse masih dikekalkan sebagai hos.

Anugerah Gelora Vida Vaganza iaitu kategori Lagu Paling Ingat malam berkenaan diberikan kepada penyanyi Elyana.

Musim ini menyaksikan juara membawa pulang ganjaran berupa wang tunai RM100,000 berserta trofi.

Diikuti dengan naib juara dengan hadiah wang tunai RM50,000.

Seterusnya tangga keempat, kelima dan keenam pula meraih RM30,000, RM20,000, RM15,000 dan RM10,000 berserta trofi.

Konsert GV4 ke udara secara langsung di saluran Astro Ria setiap Ahad, jam 9 malam.

Sumber berita: Mstar

tags : , , , , , , , , , ,



Hakcipta iluminasi.com (2017)