kredit foto : foreignpolicy

Sejak kebelakangan ini, kita seringkali mendengar projek-projek baru yang diumumkan kerajaan. Lebih membimbangkan lagi, projek-projek ini dibiayai oleh negara China.

Antara projek yang dimaksudkan adalah East Coast Railways Line (ECRL), High Speed Railways (HSR), projek pembesaran Pelabuhan Kuantan dan penubuhan kawasan industri Malaysia-China Kuantan Industrial Park (MCKIP). Adakah projek-projek ini bakal memberi keuntungan kepada negara atau hanya akan memerangkap negara?

BESARKAN TEKS     A-  A+

Krisis Kewangan Sri Lanka

Sebelum menjawab soalan ini, ada baiknya kita ambil pengajaran terhadap apa yang telah terjadi kepada negara Sri Lanka. Sri Lanka adalah negara yang sedang mengalami masalah ekonomi dan salah satu daripadanya adalah kerana hutang yang tinggi kepada China.

Dianggarkan hutang Sri Lanka berjumlah $64 bilion dimana $8 bilion adalah hutang kepada China. Dianggarkan 95% daripada pendapatan kerajaan adalah untuk membayar hutang!

Bagaimanakah hal ini telah terjadi?

Hutang-hutang ini terhasil daripada pembinaan projek-projek pembinaan mega yang dibiayai China yang tidak mendatangkan sebarang keuntungan. Akibat, kerjaan tidak mampu untuk membayar pinjaman yang diambil. Antara projek yang terlibat termasuklah pembinaan lapangan terbang, pelabuhan dan lebuh raya.

Antara projek mega yang dimaksudkan adalah:

  1. Pelabuhan Hambantota
  2. Lapangan Terbang Antarabangsa Mattala

hambantota port

Akibat daripada tidak mampu membayar hutang, kerajaan juga terpaksa membuat perjanjian untuk menjual keseluruhan atau sebahagia saham pelabuhan tersebut kepada China.

Penjualan pelabuhan ini kepada China semestinya akan memberikan keuntungan kepada mereka untuk menguasai kawasan lautan tersebut yang merupakan laluan utama perdagangan Asia dan Eropah.

Adakah kita perlu risau?

China juga boleh dikatakan bijak apabila membuat perjanjian di mana projek yang dibangunkan mestilah menggunakan kontrak daripada China. Oleh itu, mereka sebenarnya ingin membantu kontraktor dari China dan mengurangkan aliran keluar wang daripada negara China.

Cuba lihat projek MCKIP di Kuantan dan anda akan dapati 90% daripada pekerja yang terlibat adalah daripada negara China. Malah, terdapat juga nama jalan di kawasan perindustrian Gebeng yang telah ditukar kepada nama Jalan Quanzhou. Untuk pengetahuan, kawasan industri Gebeng terletak berdekatan dengan projek MCKIP dan pelabuhan Kuantan yang kedua-duanya mendapat pelaburan daripada China.

ecer 382

Sesungguhnya pelaburan yang agresif daripada negara China adalah sesuatu yang perlu dirisaukan. Setiap projek yang dibangunkan haruslah melalui satu kajian yang mendalam agar ianya tidak akan merugikan dan menambah hutang Malaysia.

Apa kata ANDA?

Kredit dan artikel berkaitan untuk bacaan lanjut:




Hakcipta iluminasi.com (2017)