Satu ketika dahulu, peperangan merupakan cara utama untuk menawan sesebuah negara dan meluaskan kekuasaan. Akibatnya, jutaan manusia terbunuh termasuklah sebahagian besar orang awam yang tidak bersalah. Selain itu, peperangan-peperangan ini juga banyak memusnahkan harta-benda awam yang menyebabkan kerugian berjuta-juta ringgit.

Pada zaman kini, penjajahan tidak lagi mengambil pendekatan peperangan sebaliknya menggunakan cara yang lebih halus seperti penjajahan ekononomi dan politik. Perkara ini dapat dilihat antara dua kuasa besar dunia, China dan Amerika Syarikat yang menjalinkan hubungan diplomatik dengan negara-negara tertentu untuk mengekalkan pengaruh dan penguasaan mereka.

BESARKAN TEKS     A-  A+

one belt one road 515

Malah, China secara terang-terang mahukan penguasaan ke atas Laut China Selatan yang dimiliki bersama oleh negara-negara yang berada berdekatan dengannya. Dari segi ekonomi pula, China telah mengumumkan program One Belt and One Road Initiative (OBOR), iaitu jaringan ekonomi untuk negara-negara terlibat dengan pembinaan pelbagai insfrastruktur dan kemudahan pengangkutan yang menghubungkan negara-negara ini.

Walaupun China berkali-kali menafikannya, ramai pihak melihat tindakan ini merupakan satu bentuk penjajahan ekonomi apabila China mula memberikan kemudahan pinjaman kepada negara-negara terlibat terutamanya negara-negara kecil seperti Laos dan Papua New Guinea. 

perangkap hutang china 595

Tindakan ini semestinya menimbulkan persoalan memandangkan China begitu bermurah hati untuk memberi pinjaman kepada negara-negara luar. Selain itu, terdapat keraguan bahawa negara-negara yang meminjam ini mampu membayar pinjaman-pinjaman ini dalam tempoh waktu yang ditetapkan.

Kajian mengenai projek OBOR ini dan kesannya kepada ekonomi telah ditulis oleh organisasi Center for Global Development dalam laporannya yang bertajuk Examining the Debt Implications of the Belt and Road Initiative from a Policy Perspective.

Negara-negara yang mempunyai hutang besar dengan China

peningkatan kadar hutang china

Menurut beberapa sumber, terdapat kira-kira 9 buah negara yang sudah membuat pinjaman dalam jumlah yang besar dengan China. Paling menyedihkan, kebanyakan negara ini adalah negara-negara kecil. Berikut merupakan senarai negara dan anggaran jumlah pinjaman yang dibuat.

  1. Montenegro - RM4.7 bilion
  2. Djibouti - RM6 bilion
  3. Kyrgyzstan - RM6.5 bilion
  4. Papua New Guinea
  5. Samoa - RM983 juta
  6. Pakistan - RM223 bilion
  7. Maldives - RM5.4 bilion
  8. Laos - RM4.5 bilion
  9. Fiji - RM2.7 bilion

Ramai pihak melihat pemberian hutang dalam jumlah yang sangat besar ini sebagai langkah licik China untuk menguasai tersebut. Malah, sekiranya negara-negara ini tidak berkemampuan untuk membayar pinjaman, ada antaranya yang dipaksa untuk menyerahkan penguasaan aset tersebut kepada China ataupun membenarkan China membina pangkalan tentera mereka di negara tersebut.

Nasib malang Sri Lanka

pelabuhan hambantota

Dalam hal ini, Sri Lanka merupakan contoh terbaik bagaimana China berjaya menguasai pelabuhan yang baru dibina di Sri Lanka. Sri Lanka dikatakan telah membuat pinjaman kira-kira RM4.15 bilion untuk pelbagai projek pembinaan insfrastruktur dan kemudahan awam. 

Segalanya disebabkan oleh bekas Presiden Sri Lanka, Mahinda Rajapaska yang telah membuat pelbagai pinjaman dengan China. Walaupun kerajaan baru telah mengambil alih tampuk pemerintahan pada tahun 2015, kerajaan baru ini terpaksa tunduk kepada permintaan China dan terpaksa menyerahkan Pelabuhan Hambantota yang baru dibina kepada China. 

Ini bermakna kerajaan terpaksa menyerahkan pelabuhan tersebut dan kawasannya yang berukuran 15,000 hektar kepada China selama 99 tahun pada bulan Disember 2017. Walaupun dilarang untuk meletakkan sebarang kelengkapan ketenteraan di kawasan ini, China didapati telah mengingkarinya dengan membawa masuk pasukan tenteranya dan mewujudkan pangkalan ketenteraan disini.

Langkah untuk mengawal Laut China Selatan

pulau buatan manusia

Sebagai laluan utama kapal, China sememangnya begitu agresif mahukan penguasaan ke atas kawasan Laut China Selatan. Malah, China dikatakan sudahpun membina pulau buatan manusia di kawasan ini, lengkap dengan landasan kapal terbang dan menempatkan pangkalan tenteranya disini.

Pada April tahun ini pula, China dikatakan telah meminta kebenaran Vanuatu untuk membina pangkalan tentera mereka di negara tersebut. Vanuatu merupakan sebuah pulau dan negara kecil berdekatan Australia. Terdapat kemungkinan Vanuatu terpaksa membenarkannya memandangkan negara ini dikatakan turut mempunyai hutang hampir RM1 bilion dengan China.

Kredit:

  1. The Sun
  2. The Times
  3. Quartz
  4. The New York Times



Hakcipta iluminasi.com (2017)