Menggugurkan bekalan termasuk kenderaan tempur kepada tentera di darat adalah salah satu pencapaian terbesar tentera semasa Perang Dunia 2. Ia membenarkan askar di belakang barisan musuh untuk melakukan serangan dan persiapan awal sehinggalah jentera besar yang lebih lengkap tiba.

Beberapa kereta kebal seperti M22 Locust dan kemudiannya M551 Sheridan milik Amerika Syarikat dan BMD-3 Rusia telah dibangunkan khusus untuk diturunkan dengan payung terjun dari kapal terbang. Masalah terbesar dengan kenderaan yang dijatuhkan dari udara ialah kru mereka dijatuhkan secara berasingan, jadi kenderaan atau artileri yang dijatuhkan tidak dapat digunakan segera.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Terdapat juga risiko bahawa tentera musuh mungkin mendapatkan bekalan yang dijatuhkan sebelum krew tiba. Salah satu cara untuk mengelakkan isu ini adalah dengan memasang sayap peluncur untuk mengawal jentera ini agar ianya boleh terus dijatuhkan ke medan perang bersama krew.

Sebaik sahaja di tanah, kereta kebal itu akan melepaskan sayapnya dan sudah boleh mula digunakan dalam masa yang sangat singkat.

Sejarah awal kereta kebal terbang

sejarah kereta kebal terbang

Kereta kebal bersayap pertama telah dibangunkan oleh jurutera Amerika Walter Christie pada awal 1930-an. Kereta kebal Christie ialah kereta kebal terbang bergerak sendiri yang menggunakan sepasang sayap biplan dan dikemudi dengan kipas yang digerakkan oleh enjin kereta kebal itu.

Tangki kompak seberat 11,000 paun itu, apabila berlepas, boleh menghasilkan begitu banyak momentum dalam 80 hingga 90 ela yang pertama sehingga apabila kuasa dipindahkan ke kipas, kereta kebal itu dapat terbang ke udara dalam jarak seratus ela.

Lebih-lebih lagi, juruterbang kereta kebal terbang itu tidak memerlukan tanah rata seperti yang diperlukan oleh jet pengeboman untuk berlepas. Kereta kebal ini boleh berlepas dalam kawasan berlumpur, melalui tanah beralun dan kawasan mencabar yang akan menghalang rata-rata pesawat lain daripada terbang.

Apabila di udara, komander kereta kebal bertindak sebagai juruterbang. Dibantu oleh penunjuk khas kelajuan udara dan darat, komander akan menggerakkan kapal itu dan menurunkannya perlahan-lahan ke tanah. Kemudian dengan tolakan satu tuil, ia menjatuhkan sayapnya dan dalam jangka masa singkat yang luar biasa boleh menyerang musuh.

Percubaan awal Kesatuan Soviet

kereta kebal bersayap

Konsep yang sama turut diterokai oleh negara lain. Di Kesatuan Soviet, percubaan terawal telah dibuat untuk menjatuhkan "bas udara" yang penuh dengan tentera dan kenderaan amfibia ke dalam air. Bas-bas itu akan hancur semasa mendarat, tetapi anak kapal terselamat namun idea itu dibatalkan.

Seterusnya mereka cuba mengikat kereta kebal ringan seperti T-37 dan T-27 ke bahagian bawah jet pengebom berat. Semasa pendudukan Bessarabia 1940, mereka cuba menjatuhkan kereta kebal daripada jet pengebom semasa terbang hanya beberapa meter ke atas, tetapi gerakan itu berbahaya dan risiko jet pengembom ditembak musuh adalah tinggi.

Pihak Soviet memutuskan bahawa memasang glider pada kereta kebal dan menariknya di belakang jet pengebom adalah lebih praktikal, dan dengan itu Tentera Udara Soviet mengarahkan pereka pesawat Oleg Antonov untuk merekabentuk glider untuk kereta kebal pendaratan.

Antonov mengambil kereta kebal ringan T-60 dan menambah sepasang sayap biplan boleh tanggal yang diperbuat daripada kayu dan kain, dan ekor berkembar. Prototaip itu digelar Krylya Tanka (secara literal, "kereta kebal bersayap") dan dinamakan A-40 KT,

a 40 kt

Untuk menjalankan ujiannya, banyak bahagian daripada kereta kebal itu telah dilucutkan untuk mengurangkan berat. Ini termasuk persenjataan, peluru dan lampu depannya, dan hanya sejumlah bahan api yang sangat terhad yang tinggal di dalam dalamnya.

Walaupun dengan pengubahsuaian ini, T-60 adalah sangat berat sehingga merisikokan untuk menjatuhkan jet pengebom TB-3 yang sedang menunda kereta kebal, dan juruterbang pengebom terpaksa menjatuhkan A-40 KT. Hebatnya, A-40 KT berjaya meluncur ke bawah, kemudian juruterbang A-40 KT menanggalkan sayap dan memandu kereta kebal itu kembali ke pangkalan.

Selepas kegagalan A-40 KT, pihak Soviet menggugurkan idea kereta kebal glider. Masalah utama pertama dengan A-40 ialah ia mempunyai sayap besar yang perlu dibuang sebelum pertempuran, yang merupakan sesuatu yang tidak boleh dilakukan dengan cepat.

Kedua, T-60 diterbangkan tanpa peluru dan dengan bahan api yang minimum, yang bermaksud bahawa selepas pendaratan, anak kapal perlu berebut untuk mendapatkan amunisi dan bahan api untuk dimuatkan ke dalam kereta kebal menyebabkan kelewatan selanjutnya.

Beberapa dekad kemudian, Russia membina BMD-3 yang sangat berjaya (Boyevaya Mashina Desanta), yang secara literal diterjemahkan kepada "Kenderaan Tempur Udara". Dengan hanya 12.9 tan ia merupakan salah satu kenderaan tempur berperisai paling ringan dalam kelasnya dan ia masih berkhidmat untuk Tentera Udara Russia, serta angkatan tentera China dan Angola.

Penggunaan pada masa kini

Hari ini, Tentera Udara Rusia mempunyai kereta kebal yang dilengkapi dengan tempat duduk berkusyen supaya ia boleh diturunkan bersama krew di dalamnya.

Tentera Amerika, sebaliknya, telah menyempurnakan penurunan payung terjun di mana sebuah Boeing C-17 meluncur rendah ke tanah, membuka pintu belakangnya dan menjatuhkan keluar kereta kebal dan kenderaan berperisai lain. Berikut ialah video C-17 melepaskan beberapa Humvee.

Tetapi bagaimana dengan zaman sekarang? Mengapakah pembangunan konsep kereta kebal terbang tidak lagi diteruskan?

Kemunculan dron, terutamanya yang lebih besar dan lebih berat seperti Predator C Avenger yang dimiliki Amerika Syarikat atau segerombolan dron bermakna keperluan untuk kereta kebal yang dijatuhkan ini mungkin sudah ketinggalan zaman dan tidak lagi diperlukan. 

Kredit:

  1. Interesting Engineering
  2. Wikipedia
  3. Tanks Encyclopedia



Hakcipta iluminasi.com (2017)