komen johan as ari masuk bilik hotel aishah pukul 3 pagi

Kredit foto: Mstar

Isu Johan As'ari berada di bilik hotel penyanyi baru, Aishah Bujang pada jam 3 pagi masih lagi hangat diperkatakan. 

Difahamkan ketika itu, dua artis tersebut sedang berada di Singapura untuk menjayakan sebuah acara hiburan. Selesai makan malam, Johan singgah ke bilik hotel Aishah untuk berbual kosong. 

Meskipun sebelum ini Aishah ada membuat kenyataan bilik tersebut turut disertai beberapa rakan yang lain, namun ia masih belum dapat meredakan keadaan. 

Terkini, Johan pula tampil memberi komen. 

Saya memang berhajat nak berkawan dengannya. Tapi tak sangka pula keadaan lain berlaku apabila ada memandang serong pada Aishah pula gara-gara tersebar gosip ini. Dalam hal ini saya yang patut dipersalahkan. Saya tidak patut pergi berborak dengan Aishah pada awal pagi itu dalam keadaan yang mencurigakan.
Sumber: Utusan
Johan turut membuat permohonan maaf secara terbuka kerana menyedari isu tersebut telah mencalarkan imej Aishah sebagai seorang wanita. 
Saya memohon kemaafan secara terbuka buat Aishah dalam hal ini jika gosip sebegitu menyebabkan dia tidak selesa. Saya perlu menjaga aib muka dia. Sebagai wanita saya yakin pasti maruahnya tercalar apabila cerita sebegini muncul.
Sumber: Utusan 
Malah, Johan mengakui bersedia untuk bersemuka dengan penyanyi baru wanita tersebut sekiranya isu itu terus dibangkitkan. 
Pada kami, isu tersebut telahpun selesai kerana kedua-dua pihak telah memberikan kenyataan. Diharapkan selepas ini, dua selebriti ini akan lebih berhati-hati pada masa akan datang. 

tags : , , , , , , , , ,



Hakcipta iluminasi.com (2017)