Kredit foto: Mstar
Penyanyi baru, Aishah Bujang tampil mengesahkan dakwaan pelakon Johan As’ari datang ke bilik hotelnya pada jam 3 pagi bulan Februari lalu. Menurutnya, ketika itu mereka berdua bersama-sama menyertai sebuah acara hiburan yang berlangsung di negara jiran, Singapura.
Bagaimanapun niat Johan ketika itu hanyalah untuk berkenalan dengan lebih rapat dengannya. Bahkan mereka turut disertai beberapa rakan lain di bilik berkenaan.
Ya memang betul Johan datang bilik saya selepas acara itu habis pukul 12 malam dan kami keluar makan lewat malam sekali beramai-ramai, kemudian dia datang bilik saya untuk berborak-borak. Tapi bukanlah saya dan dia sahaja dalam bilik itu, ada rakan lain juga. Lagi pula saya pastikan pintu bilik terbuka semasa dia ada. Saya tidak pernah kenal Johan sebelum ini, jadi banyak cerita yang kami ingin kongsi dan saya pula kaki borak. Dia seorang yang baik dan tidak sombong biarpun sudah ada nama besar dalam industri. Saya takut orang salah anggap dan jika Johan ada kekasih tentu akan menimbulkan rasa tidak senang. Saya sendiri tidak tahu dia ada kekasih atau tidak ketika kami berkenalan. Saya akui ada bertukar-tukar nombor telefon, tapi tidaklah sampai sudah ada hubungan istimewa buat masa ini.
Sumber: Mstar
Aishah Bujang merupakan bekas pelajar Akademi Fantasia musim ketujuh dan kini bergerak aktif sebagai penyanyi dalam dunia hiburan. Sumber berita: beritamemey.blogspot.com