Dato' Sri Siti Nurhaliza atau nama sebenarnya, Siti Nurhaliza Tarudin merupakan seorang penyanyi yang mula aktif dalam dunia hiburan sejak tahun 1995 selepas menjuarai pertandingan nyanyian anjuran RTM iaitu Bintang HMI 1995.

Anak keempat dalam tujuh orang adik-beradik ini mendapat pendidikan awal di Sekolah Tabika Perkep, Balai Polis Kampung Awah, Temerloh, sebelum beralih ke Sekolah Rendah Kebangsaan Clifford dan Sekolah Menengah Kebangsaan Clifford Kuala Lipis, Pahang.

    

datuk seri siti nurhaliza 597

Kredit foto: Instagram Siti Nurhaliza

     

Lagi beberapa fakta menarik mengenai Siti ketika zaman kanak-kanak dan usia remajanya:

   

ibu siti nurhaliza

Kredit foto: Instagram Siti Nurhaliza

     

Fakta Menarik Mengenai Zaman Kanak-Kanak Dan Remaja Siti Nurhaliza Yang Ramai Tak Tahu!

  • Bakat nyanyiannya mula dikesan ketika usia enam tahun, sewaktu menyanyikan lagu tradisional berjudul 'Sirih Pinang' di acara akhir tahun persekolahan di Sekolah Tabika Perkep.
  • Aktif menjayakan pelbagai aktiviti kokurikulum di sekolah, termasuk sukan bola jaring dan pidato.
  • Pernah membantu perniagaan kecil ibunya yang menjual pelbagai kuih buatan sendiri di sekitar kawasan kejiranan mereka.
  • Asalnya memasang cita-cita untuk menjadi seorang polis!
  • Pernah menjayakan watak kecil dalam sebuah drama televisyen bersama aktres Zizie Ezette ketika masih menuntut di tingkatan empat.
  • Sebelum memenangi Bintang HMI, beliau terlebih dahulu gagal dalam pertandingan Asia Bagus pada 1993, di usia 14 tahun.
  • Ketika ujibakat Bintang HMI di Auditorium P. Ramlee, Angkasapuri, beliau mempertaruhkan lagu 'Kaulah Segalanya' nyanyian asal Ruth Sahanaya.
  • Menolak kontrak rakaman daripada syarikat gergasi Sony Music, BMG Music dan Warner Music, sebelum menandatangani perjanjian dengan Suria Records.

    

dato siti nurhaliza

siti nurhaliza kanak kanak

siti nurhaliza remaja

siti nurhaliza dulu

lagu siti nurhaliza

lirik siti nurhaliza

siti nurhaliza instagram

siti nurhaliza sekolah

siti nurhaliza biodata

siti nurhaliza muda

    

Sumber berita:

1. Koleksi Menarik Gambar Siti Nurhaliza Semasa Kecil Dan Zaman Remaja Yang Ramai Tak Pernah Lihat!

2. Wikipedia Siti Nurhaliza

      




Hakcipta iluminasi.com (2017)