Biodata

Nama penuh: Siti Amirah Dayana binti Mohd Amerullah

Nama pentas: Dayana Amerda

Tarikh lahir: 4 Disember 1999

Umur: 19 tahun

Kelahiran: Kelantan, Malaysia

Pekerjaan: Penyanyi, pelakon dan pengacara

Media sosial: Instagram @dayanaamerda

Fakta Menarik

1. Anak sulung yang mempunyai tiga orang adik iaitu dua daripadanya perempuan, Dayini dan Dalili, manakala seorang lagi lelaki, Dayyan.

2. Ibu dan bapanya pernah bergelar penyanyi sambilan.

3. Dinobatkan juara program realiti nyanyian kanak-kanak, Idola Kecil musim kedua yang melayakkannya membawa pulang wang tunai RM10,000, selain meraih anugerah 'Idola Popular Dutch Lady 2009' dalam pertandingan sama dengan ganjaran RM5000.

4. Dalam persaingan itu, Dayana menggalas tanggungjawab membawa dua buah lagu tugasan iaitu Jika Kau Ubah Fikiran (Mila Jirin) dan lagu baru berjudul Satu Impian.

5. Beliau menyifatkan kemenangan itu sebagai ruang untuknya membalas jasa kedua orang tuanya melalui wang kemenangan. Dayana mengatakan ibu bapanya banyak memberikan bantuan dan sokongan sepanjang persaingan.

6. Selain wang tunai dan sijil, dia bersama beberapa peserta akhir turut mendapat kontrak rakaman bersama Sony Music selain diserap menyertai program-program televisyen saluran TV9.

7. Antara bidang seni lain yang diminatinya selain nyanyian dan lakonan adalah seni tarian.

8. Tampil dengan album sulung pada tahun 2011 yang memuatkan tiga lagu iaitu Satu Impian, Impian Yang Satu dan Fahamilah.

9. Turut mengembangkan bakatnya dalam bidang lakonan menerusi pembabitan dalam beberapa buah drama dan filem seperti Idola Kecil 2: The Series, Misteri Rumah Tua, Qaseh Bunian, Pondok Plastik Tepi Kubur, Pengancam Perkahwinan, Elly dan Epit, Elly dan Epit 2 dan Ariana Rose.

10. Merupakan hos beberapa program televisyen seperti Berita Adik TV9, V Squad dan Cutipedia.

11. Bapanya, Mohd Amerullah meninggal dunia pada 23 Julai 2016.

Foto

biodata dayana amerda penyanyi dan bekas juara idola kecil 2

biodata dayana amerda penyanyi dan bekas juara idola kecil 3

biodata dayana amerda penyanyi dan bekas juara idola kecil 4

biodata dayana amerda penyanyi dan bekas juara idola kecil 5

biodata dayana amerda penyanyi dan bekas juara idola kecil 6

biodata dayana amerda penyanyi dan bekas juara idola kecil 7

Video

Kredit:

1. Wikipedia

2. Utusan

3. Instagram Dayana Amerda




Hakcipta iluminasi.com (2017)